Bismillah..
Assalamualaikum w.b.t..
Rasa macam dah lama tak menjenguk ke sini.Semuanya kerana banyak tanggungjawab yang perlu dikejar seiring dengan pertambahan usia.Tapi apa-apa pun bersyukur kepada Allah kerana memberi saya kesempatan untuk terus menegakkan pena dan melakar riwayat.
Alhamdulillah..Wa Alhamdulillah..Thumma Alhamdulillah..
Sekarang kaki ini telah berpijak di bumi ini.Di tanah ini.Dimana ia merupakan tanah yang barakah.Tanah di mana syahidnya para syuhada' di zaman silam.Tanah di mana ia merupakan tempat aku menuntut ilmu sekarang ni.Tanah ini jugalah yang menjadi impianku untuk dijejaki suatu ketika dulu.Inilah dia tanah Syam.
Datangnya aku disini bukanlah untuk sekadar melancong dan mengembara.Tapi aku di sini adalah untuk mencedok seberapa banyak dan dalam ilmu Allah yang Maha Luas ini.Mungkin aku tidak akan mungkin untuk menandingi para ilmuan dan ulama' besar dan hebat di dunia ini.Tapi sekurang-kurangnya aku sudah mencuba untuk mencedok dan mengaut seberapa banyak mutiara dan berlian untuk aku kongsikan kepada saudara seislamku yang lain.Yang sedang menanti dengan hati dan jiwa yang kosong.Mungkin juga mati.
Bumi ini telah nazak.Manusia di dalamnya juga sudah semakin tenat.Hanya siapa yang sedar sahaja akan menyedari bahwa hidup ini sudah hampir sampai ke penghujungnya.Mungkin aku dah sedar itu semua.Tapi apa yang aku dah buat untuk membantu saudara seislam aku di luar sana?Mereka semua pasti akan menagih dan menuntut hak mereka di akhirat kelak.Dan adakah aku dah tunaikan hak-hak mereka?Soalan inilah yang sering berputar-putar dalam kotak fikiran aku.Dan soalan inilah juga yang menyebabkan aku tergerak hati untuk menuntut di sini.
Tapi hati ini sering sahaja mengeluarkan statement-statement yang kurang membina.Dan statement seperti inilah yang menjauhkan aku dari jalan ini.Sedang diri masih terumbang-ambing.Sedang diri masih mengharapkan pemberian tanpa memberi.Sedang iman masih dicuri di pertengahan jalan.Sedang hati masih lagi goyah dengan godaan dunia.Sedang ilmu masih lagi di paras dada.Sedang amarah sering lagi merajai intelek.Sedang hawa masih mengatasi kewarasan akal.Dan banyak lagi statement yang menjatuhkan semangat aku.Jika kita fikir sampai botak sekalipun,belum tentu kita akan mencapai kepuasan hati dan nafsu.Sedarlah.Manusia memang tidak sempurna dan tiada yang sempurna dan tidak akan ada yang sempurna.Yang sempurna itu hanyalah DIA.Hati,ingatlah tentang itu dan jangan mudah goyah dengan kata-kata.
'Seorang pejuang sering menangis lemah disisi Allah.Namun Allah sering memberi kita kekuatan disisi manusia lainnya'.
Hanya kata-kata ini yang mampu menjadi inspirasi dan sekaligus menggagahkan langkahku tika kaki terasa berat untuk melangkah.Tika manusia lain tidak lagi mendengar kata-kata dan luahan kita,ingatlah bahawasanya Allah sentiasa mendengar doa dan ratapan hamba-hamba-Nya.
Teringat kenangan pada suatu ketika dulu sewaktu aku menuntut di MARSAH sehabis aku menamatkan pengajian di peringkat menengah..Ye,aku akui aku hidup dikelilingi dengan orang berilmu..Pensyarah2 ku ada yang lulusan luar negara dan ada juga yang betul2 dari luar negara..Teman2 ku juga kebanyakannya lulusan sekolah agama..Senang kata,semua hebat2 belaka..Namun,kadang kala timbul pelbagai soalan yang menyesakkan kepala otak aku ni.
Adakah semestinya aku yang perlu menyampaikannya?Sempat ke aku nak sampaikan tarbiyah dan dakwah ni pada mereka?Macam mana kalau tak sempat?
Tapi,Alhamdulillah kerana akal waras aku laju mencerna soalan untuk mencari jalan penyelesaiannya.Tiba2,aku teringat kata2 semangat dari seorang house-mate ku ketika kami sama2 mengambil DAURAH dulu..Dan inilah yang aku dapat dari kata2 nya..
Dia kata "Siapa lagi yang akan menyampaikan kebenaran ini kalau bukan kita?Jadi,kitalah orang yang bertanggungjawab.Dan bila lagi kita nak buat kalau bukan sekarang?Jadi,sekaranglah masanya.Dan dimana kita nak buat kalau bukan di sini?Jadi,di sinilah tempatnya."
Nabi juga ada berpesan pada kita dalam sepotong hadith yang membawa maksud :"Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat..."
Jadi berpegang teguhlah kita dengan kalam Allah dan sunnah Rasulullah.Semoga hati kita ditetapkan di atas jalan-Nya.Kerana walaupun kita tidak mampu mengubah semuanya,kita masih diberi pahala kerana niat yang ikhlas dan murni kita untuk menegakkan agama Allah..Sesungguhnya Dia lebih tahu daripada apa yang kita tahu..
Wallahu a'lam..
No comments:
Post a Comment