Assalamualaikum w.b.t..
Wa'ad..
Merupakan salah seorang mahasiswi arab di Jami'ahku.. Jami'ah Mu'tah,Jordan.. Namanya cukup ringkas seringkas orangnya.. Hanya mengenakan baju kot tebal dan syawl serta berbedak nipis dan lipstik.. Ya.. Cukup besederhana jika nak dibandingkan dengan mahasiswi arab lainnya..
Hari ni aku ke Jami'ah seorang diri.. Tanpa teman.. Tanpa ahli bayt.. Ya.. Sendiri.. Memandangkan muhadharah aku pada hari ni tepat jam 8:00 pagi, aku keluar dari rumah tepat jam 7:30 pagi.. Kebetulan pula rumah aku dekat dengan tempat Coaster.. Pada aku, pukul 7:30 pagi tu dah kira lambat sangat la tu.. Mana tidaknya.. Kelas mula pukul 8:00 pagi.. Tapi, Dr aku ni masuk 10 minit awal.. Ha.. Kalau dah lambat tu, memang berlari la gamaknya.. Sebab Dr aku ni orangnya sharp masa.. Pantang lambat.. Mesti kene "Itla' barra.. " la jawabnya dengan dia.. Hehehe.. (Alhamdulillah..setakat ni belum pernah kene lagi..hehehe)
Ok.. Tu cerita aku di Jami'ah..
Sekarang nie, aku baru masuk dalam coaster (bas pendek) sebenarnya.. Hehehe.. Coaster ni aku panggil coaster cantik.. Sebab apa ? Sebab dalam banyak2 coaster, coaster ni la yang aku tengok paling cantik, paling panjang, paling besar, paling bersih dan yang paling penting coaster ni adalah coaster yang paling selesa... Hahaha.. Warna dia pun lain dari coaster2 yang biasa aku naik.. Warna putih-kelabu.. (biasa warna coaster putih-hijau @ putih-biru) Dan aku suka naik coaster ni sebab kelindan dia yang baik dan peramah.. Dah tua dah orangnya.. Hahaha..
Nak ceritanya.. Aku adalah akhawat Malizi pertama yang naik coaster ni.. Time aku naik tu, ada la seorang conducter coaster (alah, macam conducter bas gitu) suruh aku duduk belakang..
"Irja'il wara' ya sodiqah.. " katanya padaku..
'Alamak ! Dah lah coaster ni panjang.. Dia nak suruh aku duduk belakang pulak tu.. Memang tak la kan.. Susah la aku nak keluar nanti..Dah la aku dah lambat ni..' Aku mengomel sendiri..
Sambil tu mata aku melilau ke dalam coaster.. Apabila aku terpandangkan seorang akhawat arab yang duduk di bahagian depan, aku pun apa lagi.. Terus duduk sebelah akahawat arab tu tanpa menghiraukan kata2 syabab tadi..
"Hai ukhty.. Laisa sodiqah.." tiba2 syabab tadi berkata kepadaku bila saja aku melabuhkan punggungku di kerusi..
Aku pandang dia sebelah mata.. 'Ada aku tanya ke?' soalku.. Tapi, meletus dalam hati je la..Hehehe..
Aku toleh ke sebelah kiriku..
'Adik dia ke ? Cantik.. ' bisikku sendiri.. Aku hanya senyum padanya..
Semasa coaster berjalan, aku hanya menghadap ke hadapan.. Dia pula selak langsir ke tepi tingkap..
Nak tengok pemandangan kat luar kot..
"Sihhah ? " soalnya padaku tiba2 sambil menoleh ke arahku.. Terkejut aku dibuatnya..
"Syu ? " aku yang tak perasan dengan soalan dia tadi bertanya kembali..
"Enti sihhah ? " soalnya untuk kali yang kedua..
Owh, dia tanya aku sihat ke tak.. Ingatkan apa la tadi.. Mungkin sebab dia dengar aku terbatuk2 kot tadi..
"Alhamdulillah.. Maleih.. " aku menjawab ringkas.. Dia hanya mengangguk dan tersenyum padaku.. Kemudian, matanya kembali memandang ke luar tingkap..
'Caring jugak dia ni.. Best jugak kalau dapat berbual dengan dia..' fikirku tiba2.. Entah kenapa aku rasa mulut ni macam ringan je nak berbual dengan dia..
"Lausamah ya sodiqah.. Erm, syu ismek enti ? " tanyaku padanya..
Dia yang mungkin terkejut dengan soalan ku pantas berpaling menghadap aku..
"Wa'ad.. Ismi Wa'ad.. " dia mengulang sebut namanya sebanyak 2 kali..
"Wa enti ? " soalannya kembali kepadaku..
"Ismi Nur.. " jawabku pula.. Aku menanti respon daripadanya..
"Haaa..Aiwah..Nur.. " balasnya kemudian.. Mungkin dia dah biasa dengar nama 'nur' kot ye..
Orang arab di sini memang dah masyi dengan nama tulab Malizi yang biasanya bermula dengan pangkal 'nur' dan 'muhammad'.. Jadi, rata2 orang tua di sini senang memanggil kami dengan gelaran "ya nur" untuk akhawat dan "ya muhammad" bagi yang syabab.. Tapi ada juga yang sekadar memanggil "ya sodiq @ ya sodiqah" dan "ya akh @ ya ukh" .. Tak kurang juga yang panggil dengan gelaran "ya mu'allim @ ya mu'allimah".. Itu belum termasuk panggilan sesama Malizi lagi.. Sesama Malizi, kami membiasakan gelaran ustaz untuk yang syabab dan gelaran ustazah bagi yang akhawat.. Hurm, duduk Jordan ni memang macam2 gelaran dapat.. Hehehe..
"Gedesh umruk ya jamilah ? " soalku padanya lagi.. Saja ingin berkenalan..
"'Isyrin..wa enti, gedesh umruk ? " jawabnya pantas.. La..Sebaya ke ??? Hehehe..
"Binafsil umruk.. Umri ana 'Isyrin aidhon.. "
"Ha ? " dia bagaikan terkejut.. Kemudian ketawa.. Aku pun ketawa sekali.. Tak sangka kami sebaya.. Sebab kelihatannya dia lebih kecil berbanding aku..
"Erm.. Nur, syu takhassuski ? " dia bertanya kepadaku apabila coaster berhenti di trafic light..
"Syari'ah.. Feqh wa usuluhu.. Wa enti ? " jawabku sekali dengan soalan..
"Ana fi kuliyatul Handasah.. " jawabnya dengan segaris senyuman di bibir..
'La.. Mahasiswi jurusan kejuruteraan ke ?' Soalku sendiri.. Sebabnya sebelum ni, kenalan arabku semuanya daripada Kuliyah Syari'ah.. Sama ada jurusan Feqh wa usul ataupun Usuluddin.. Paling jauh pun, Kuliyah Adab.. Itu pun sebab bangunan kuliyah yang sebelah menyebelah.. Dan biasanya kami akan berjumpa di musolla Kuliyah Syari'ah dan Huquq..
Ok.. Hari ni ada anjakan..Aku ada kawan arab daripada Kuliyah Handasah.. Yeay ! Jauh kot bangunan kuliyah dia tu.. Aku pun tak pernah pergi sana.. Hehehehe.. (macam jauh sangat je kan..padahal kalau tengok dari musolla, nampak je bangunan Kuliyah Handasah tu..hehehe)
"Erm, baituki fil Mu'tah ? " aku mengajukan soalan kepadanya setelah lama mendiamkan diri.. Sebabnya tadi masa aku masuk2 coaster dia dah ada kat dalam.. Padahal coaster tu baru sampai kot..
"La'.. Baiti fil Qurba'.. Laisa houn.." selamba dia menjawab..
"Qurba' ? Ba'ied soh ? aku bertanya.. Inginkan kepastian kononnya.. (sebenarnya tak tau pun kat mana) Hehehe..
"Syuwaia.. Lakin la ba'sa.. Lianno hai bas li abi.. Ma fi musykilah insyaAllah.. " dia tersenyum kepadaku.. Mungkin dia sudah menjangka soalanku tadi..
"Houn abuki ? " soalku lagi.. Tak puas hati..
Dia mengangguk sambil ketawa.. Mungkin lucu dengan reaksiku yang agak terkejut tu..
Ohh.. Padan la masa syabab tadi kutip duit tambang, dia tak bayar.. Aku mati2 ingat dia dah bayar time dia naik tadi.. Rupa2nya.. Ni coaster bapak dia.. Padan la pun tak bayar.. Hahaha.. Ha.. Ambik kau.. Tergelak terus aku kat situ.. Haish.. Punyalah aku fikir macam2 fasal dia tadi.. Rupanya dia anak tuan punya coaster.. Hai.. Ma'alisy jiddan ye Wa'ad.. Huhuhu.. Padan la pun syabab tadi cakap Wa'ad ni adik dia.. Ha.. Baru aku dapat imagine.. Hehehe..
"Sa'ah kam abuki wa enti jaiey houn ? " soalku kepadanya sehabis gelak..
"Ba'da subh.." jawabnya ringkas..
Ha ??? Lepas subuh tu.. Pukul 6:00 pagi kot.. Haish, sekarang ni dah la tengah syita'.. Sejuk kot.. Memang betul2 juhud dia ni.. Aku pun keluar rumah pukul 7:30.. Huiii.. Malu la pulak dengan dia ni.. Tapi nak buat macam mana.. Badan aku tetap badan Malaysia.. Walaupun aku dah duduk sini dekat 2 tahun, badan aku tetap tak tahan sejuk.. Pukul 6:00 tu, aku rasa aku baru bangun nak solat subuh kot.. Dia dah keluar rumah.. Haibat2.. Kene cabar diri ni... Hehehe..
Punyalah asyik kitorang berbual, sampai tak sedar coaster dah nak sampai depan Jami'ah..
"Hal enti tajlisin fi musolla Syari'ah ? " dia tanya aku masa coaster masuk perkarangan Jami'ah..
"Ahyanan fi waktul faghar..Lianno ahyanan azhab ilal maktabah.. Lakin fi wakt Dzuhur, insyaAllah ana maujud fi hienak.." aku menjawab soalannya sambil membetulkan beg sandangku..
"Ana maujud fi musolla fi wakt Dzuhur.." katanya kemudian..
"Fi musolla Syari'ah ? " soalku kembali padanya.. Sebabnya macam tak pernah nampak sebelum ni.. Aku yang tak perasan kot ye??? Hehehe..
"Syari'ah aw Adab.." jawabnya..
"Aiwah.. Sanaltaqi hienak insyaAllah.. " balasku kemudiannya.. Tak tau nak cakap apa dah sebenarnya..
"Ya Nur! Ana, uhibbuki fillah.. " Tiba2 dia menutur kata2 indah itu padaku.. Rasanya belum ada mahasiswi arab yang menuturkan kata keramat itu padaku.. Ya.. Dan dia adalah yang pertama..
"Masya Allah.. Uhibbuki fillah aidhan ya Wa'ad.. Ukhuwah fillah ilal Jannah insyaAllah.. " hanya itu yang mampu ku balas padanya.. Sungguh ! Aku terharu.. Ku kira susah untuk mahasiswi arab sepertinya menerima mahasiswi Malizi sebagai sebagai kawan.. Tapi ini.. Pandanganku meleset sama sekali.. Kerana aku sendiri mengalaminya dan mendengar bicara indah itu dari mulutnya.. Padahal kami baru berbual lebih kurang 15 hingga 20 minit.. Tak lama pun.. Tapi, riak dan susun katanya bagaikan kami sudah lama berkawan.. Sungguh ! Aku senang dengannya..
Time aku nak turun dari coaster, aku pandang dia sekilas..
"Wa'ad, syukran 'ala kulli hal.. Ma'assalamah.. Allahu yubarik fik.. " sambil itu aku mengangkat tangan kepadanya tanda memberi salam..
"'Afwan.. Hala'2.. Ma'assalamah.. " wajahnya manis dengan senyuman seperti tadi..
Setelah itu, aku terus turun dari coaster dan berjalan ke dewan kuliyahku.. Dia juga turun.. Tapi terkebelakang dariku.. Dalam perjalananku, fikiranku masih terbayang dan teringatkan Wa'ad.. Sungguh ku tak sangka.. Pertemuan yang diatur oleh Allah sebentar tadi membuatkan aku semakin yakin bahawa manusia itu sifatnya memang saling memerlukan.. Bukan saling membenci dan bermusuhan..
Teringat firman Allah s.w.t dalam surah Al-Hujurat ayat 10 yang bermaksud :
"Sesungguhnya orang2 mu'min itu bersaudara.. Kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat.."
Ya.. Tak kira lah kita dari suku atau bangsa yang mana.. Dan tak kiralah warna kulit kita yang berbeza.. Juga bahasa pertuturan yang berbeza.. Jika dah namanya islam, kita memang bersaudara.. Dan kita wajib menyayangi saudara seislam kita sebagaimana kita menyayangi diri sendiri..
Sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah dalam Riwayat Bukhari dan Muslim :
Daripada Abu Hamzah, Anas bin Malik r.a., pembantu Rasulullah s.a.w., bersabda, : "Tidak beriman salah seorang daripada kamu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.."
Wa'ad.. Nama mahasiswi arab pertama yang aku tak lupa.. (biasanya sekali tanya, tu je la yang aku ingat.. nanti tanya balik, aku dah lupa.. nama dah la pelik.. hehe) Dia sungguh baik pada pandanganku.. Lemah lembut, cantik, comel dan peramah.. Sungguh ! Aku tak menyesal dapat berkenalan dengannya.. Terima kasih ya Allah.. Moga ada rezeki untuk aku bertemu dengannya lagi.. Aamiin..
#Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan..
Yakinlah pada Allah..
Sesungguhnya pertemuan & perpisahan itu sudah termasuk dalam rencana Allah..
*lupa nak mintak no phone & account fb dia*
No comments:
Post a Comment