Assalamualaikum w.b.t..
Urm,cuba kita reflect balik diri kita..Pernah tak kita berinteraksi dengan Al-Quran?
Atau hanya sekadar membaca tanpa memahami dan mengkaji...
Mungkin ada yang tidak faham dengan tajuk ni.Dan mungkin juga ada yang tertanya-tanya.Apa itu interaksi dengan Al-Quran?Cakap dengan Al-Quran ke?Atau mungkin ada yang terfikir.Al-Quran boleh cakap ke?Macam mana nak interaksi dengan Al-Quran?Logik ke cakap dengan Al-Quran?
Mesti semua pelik dengan tajuk ni kan.Tapi itulah hakikat yang saya nak cakap kat sini.Memang Al-Quran itu tidak boleh berkata-kata,tapi Al-Quran itu kan surat cinta Allah pada kita.Adakah kita tidak teringin untuk memahami setiap patah kata-kata yang Allah lontarkan pada kita?Sebenarnya jika kita memahami dan meneliti dengan terperinci,kita akan mendapati isi Al-Quran itu penuh dengan dialog-dialog Allah pada kita.Di dalamnya juga terselit kisah-kisah silam,suasana zaman sekarang dan peristiwa yang pasti berlaku pada masa akan datang.Pendek kata,kesemua message disampaikan olehNya melalui 'Love Latter'Nya itu.
Hanya terpulang pada kita sama ada ingin menghiraukannya atau ingin mengabaikannya.Namun,ketahuilah bahawa sesungguhnya kalamNya itu adalah kalam yang mulia dan akan terpelihara hingga ke hari kiamat.
Jadi,sebelum ianya diangkat ke langit,marilah sama-sama kita berinteraksi dengan Al-Quran agar kita faham apa yang ingin Allah sampaikan pada kita dalam 'Love Latter'Nya itu.
Tapi bagaimana kita ingin berinteraksi dengan Al-Quran sedangkan kita tidak tahu bagaimana caranya kan.
Jadi,di sini saya akan share 5 cara untuk kita berinteraksi dengan Al-Quran :
1.MERASAI AL-QURAN DITURUNKAN UNTUK DIRI KITA..
Cuba perhatikan ayat pertama Surah Al-Ikhlas yang maksudnya,"Katakanlah (wahai Muhammad),Dialah Allah yang Maha Esa."Tetapi hakikatnya perkataan 'Qul' itu adalah kata arahan untuk 'katakanlah'.Dan ianya ditujukan buat kita,sebagai hamba Allah.Bukan untuk Nabi Muhammad sahaja.Bezanya kalau sesuatu arahan itu ditujukan kepada Rasulullah,walaupun berulang kali kita membaca Surah Al-Ikhlas ini,kita tidak akan terasa terpanggil untuk berbuat apa yang Allah suruh.Kita akan merasakan bahawa Surah dan arahan itu adalah untuk Rasulullah,bukan untuk kita.
Lain kesannya apabila kita merasai bahawa Allah mengatakan :"katakanlah (wahai Sufian,wahai Alyah,wahai Sumaiyyah)."Maka dengan itu Sufian,Alyah dan Sumaiyyah akan terpanggil untuk berbuat apa yang Allah suruh dalam Al-Quran itu.
Seperti kita membaca surat cinta kepunyaan orang lain.Tentu kita tidak akan terkesan kerana nama kita tiada di situ.Tapi jika surat itu ditujukan buat kita,walaupun perkataannya tidaklah indah atau berbunga sekalipun,tentu perasaan indah dan berbunga-bunga akan menguasai seluruh hati kita.Begitu jualah dengan Al-Quran.Ia merupakan surat cinta Allah kepada kita sebagai hambaNya.Rasailah Allah sedang berbicara dengan kita secara langsung di saat kita melantunkan ayat-ayatNya.
2.MEMAHAMI BAHASA ARAB..
Keindahan bahasa Arab hanya dapat dimaknai oleh orang yang memahaminya sahaja.Begitu juga dengan keasyikan dan ke'zouq'an dalam merasai setiap butir kalimah ayat Al-Quran hanya dapat dirasai dengan magetahui makna setiap kalimah tersebut.Bagi mereka yang memahami bahasa Arab,tentu sekali akan bersetuju bahawa tidak semua ayat diterjemahkan dengan tepat sekali.Malah kadang kala terjemahan tersebut membawa makna yang amat berbeza dari yang sepatutnya.Ini kerana pemahaman sebenar pada setiap ayat Allah itu hanya boleh difahami dan dihuraikan dalam bahasa Arab.
Sebagai contoh,bahasa Arab mempunyai intonasi tersendiri hanya dengan mengetahui maksud perkataan.Sedangkan bahasa Melayu tidak begitu.
Jika kita sebut perkataan 'makanlah',ianya tidak membawa kepada intonasi marah,sindir ataupun pelawa.Tetapi jika kita menterjemahkannya daripada perkataan Arab,ianya boleh terus membawa makna intonasi marah,sindir ataupun pelawa.Begitu juga kata perbuatan (fi'il).Hanya dengan satu kalimah sahaja,kita boleh mengetahui sama ada perbuatan itu telah berlaku,sedang berlaku ataupun akan berlaku.Sebaliknya bahasa Melayu tidak begitu.Ia memiliki sifat masa.Maka,jelaslah bahawasanya terjemahan ayat Al-Quran ke dalam bahasa Melayu adalah tidak tepat dan tidak mampu menggambarkan maksud sebenar ayat tersebut.
3.MENGHAYATI AL-QURAN DENGAN HATI..
Otak kita tidak mampu untuk merasa apa-apa.
Begitulah jika kita membaca Al-Quran dengan otak dan akal.Ia tidak akan memberi kesan pada hati dan jiwa kita.Jika memberi kesan pun tidak,meresap apatah lagi.Memang Al-Quran tidak akan meresaplah dalam hati dan jiwa kita.Akhirnya,jadilah kita orang yang membaca Al-Quran namun tidak mendapat kesan dan manfaat daripada Al-Quran itu.
Apa-apa yang dibaca dengan otak,ianya tidak akan memberi kesan pada hati dan perasaan.Tetapi sebaliknya jika Al-Quran itu dibaca dengan hati dan perasaan,ia akan menjadikan seseorang itu menangis,gembira dan marah.
Begitulah Al-Quran.Ia mampu membuatkan kita menangis,merasa insaf,seterusnya akan memberi kesan pada jiwa dan perbuatan kita apabila kita membacanya dengan hati.Rasailah setiap bait dan kalimah dari Al-Quran dengan sepenuh perasaan sepertimana kita menghayati drama filem ataupun novel cinta.Dan kalau boleh,lebih dari itu.
Mengesani hati hingga membawa ekspresi pada diri yang mampu menyemarakkan rasa insaf dan cinta kepada Allah.
4.MEMAHAMI SEBAB DAN LATAR BELAKANG PENURUNAN AYAT AL-QURAN..
Ini beramakna kita perlu tahu 'asbab nuzul' (sebab-sebab turunnya sesuatu ayat).Tetapi tidak semua ayat ada 'asbab nuzul'nya.Ada ayat yang diturunkan mengikut suasana dan keadaan wahyu itu diturunkan.Ini dipanggil suasana 'mulabasat' al-Quran.
Al-Quran diturunkan selama 23 tahun.13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah.Setiap tahun apabila turunnya wahyu,ia mengikut suasana dan keadaan di Mekah atau Madinah itu sendiri.
Di zaman Mekah sendiri,terdapat 3 fasa penurunan ayat mengikut keadaan orang Muslim ketika itu.Fasa itu adalah fasa dakwah secara sembunyi,fasa dakwah secara terbuka dan juga fasa sebelum hijrah.Disebabkan suasana dan keadaan berbeza,maka penurunan setiap ayat adalah berbeza mengikut keadaan di waktu itu.
Dengan itu,kita akan lebih menghayati dan merasai kesannya apabila membaca Al-Quran setelah kita mengetahui 'mulabasat' ayat tersebut.
Di sinilah pentingnya membaca sirah Nabi S.A.W.Dengan mengetahui sirah sahaja kita dapat memahami jalan cerita setiap ayat Al-Quran itu diturunkan.Barulah hati kita akan lebih terkesan.
5.MENYEDARI SIAPA KITA..
Apabila kita sudah menyedari diri kita sebagai hamba Allah dan khalifahNya,kita akan lebih menghargai setiap ayat-ayat Allah ini.
Walaupun kita seorang doktor,jurutera mahupun usahawan,tugas kita tetap sebagai seorang Muslim dan da'ie di jalan Allah.Maka,kita akan menghargai setiap bait-bait kalam Allah yang menyejukkan hati kita di saat kita kesedihan,yang membakar semangat di saat kelemahan,juga menundukkan perasaan kita di saat kemenangan telah pun dekat.Semua peristiwa ini tidak akan mampu untuk kita rasai melainkan kita hidup sepertimana hidupnya Rasulullah;sebagai hamba dan khalifahNya.
Setiap butiran kalamNya amat mengesani hati dan membekas di jiwa ini.Moga kita dapat mempraktikkannya dalam kehidupan kita sehari-hari dalam mengemaskan cintaNya di sanubari seiring mencari redha Ilahi...
In Sya' Allah...
Wallahu a'lam..
~MESTI CUBA,BARU BOLEH PERCAYA!~
DATANGNYA WAHYU DARI TUHAN...
WAHYU ITU NAMANYA AL-QURAN...
ORANG ARAB BERUBAH KERANA AL-QURAN...
PARA SAHABAT JUGA BERUBAH KERANA AL-QURAN...
DAN MANUSIA JUGA BERUBAH KERANA AL-QURAN...
KALAU ORANG DAHULU HEBAT KERANA AL-QURAN...
MAKA,KITA JUGA PERLU MENJADI HEBAT DENGAN AL-QURAN...
Rujukan : Gen Q & Al-Quran..
No comments:
Post a Comment