"Aku datang sini nak belajarlah.Tapi kenapa macam ada something yang mengganggu focus aku untuk menuntut ilmu ni?Apa yang tak kene dengan aku sebenarnya ni?"Mulatku mengumam kata sejak aku terpandangkan seorang ustaz ni.Ketika itu aku sedang menghadiri kelas tambahanku untuk madah Usul Feqh 1.
Daripada mukanya sehinggalah ke gaya duduk,gaya senyum,gaya cakap,gaya jalannya.Semua aku telek.(tapi dari jauh la)Semuanya mirip dengan seseorang.Tapi siapa?Ya Allah!Otak,cepatlah sikit mencerna.Mirip siapakah ustaz ini.Tapi rasanya aku belum pernah nampak ustaz ni.Dalam pada otakku mencerna,lintas satu bayangan.Tapi itu adalah mustahil.Dia memang ada kata,dia nak ke luar negara.Tapi bukan ke sini.Di Jordan ni.Kalau dia keluar pun,dia akan ke Madinah.Itu memang aku pasti.Tapi yang depan mata aku ni apa?
Setelah berapa lama aku memerhatikan ustaz tersebut tiba-tiba ada seorang memanggil namanya.Dan dengan serta mertanya dia menoleh kearah ustaz tadi.Dan khayalanku tadi terus pecah dek suara ustaz yang memanggil.Dan tahulah aku setelah itu bahawa ustaz itu mirip persis seperti abang.Ye!Abangku.Tiada satu pun yang lain pada penglihatanku.Memang patut pun tadi aku bayangkan abang.Rindu gamaknya.Haa.Sekali tengok orang yang mirip dengan orang yang kita rindu,terus terluah rindu.Hahaha. ^_^
Setelah berapa lama aku memerhatikan ustaz tersebut tiba-tiba ada seorang memanggil namanya.Dan dengan serta mertanya dia menoleh kearah ustaz tadi.Dan khayalanku tadi terus pecah dek suara ustaz yang memanggil.Dan tahulah aku setelah itu bahawa ustaz itu mirip persis seperti abang.Ye!Abangku.Tiada satu pun yang lain pada penglihatanku.Memang patut pun tadi aku bayangkan abang.Rindu gamaknya.Haa.Sekali tengok orang yang mirip dengan orang yang kita rindu,terus terluah rindu.Hahaha. ^_^
Melebihi setengah tahun menetap di negara orang sudah cukup untuk aku mengungkapkan kerinduanku pada tanah air tercinta.Tambah rindu lagi pada ayah dan umi serta adik beradik tercinta.Namun rasa ini hanya mampu bermain di tangkai hati dan tidak terluah oleh kata-kata dek kerana rindu yang menggunung terhadap mereka semua.Hanya mampu ku kirimkan rinduku di dalam munajatku sehari-hari.
Abangku yang dulunya menjadi kawan bergaduh,kawan berdebat,kawan bergurau dan kawan berfikirku kini telah jauh dari pandangan mata.Begitu juga dengan ahli keluargaku yang lain.Peristiwa-peristiwa yang berlaku sewaktu aku di Malaysia itu hanya menjadi kenangan dan nostalgia laluku sejak aku menjejakkan kakiku di tanah Jordan ni.Dan sekarang menjadi kerinduanku di sini apabila aku keseorangan.
Bagai tak terasa masa yang begitu pantas berlalu pergi meninggalkan aku tanpa menoleh ke belakang lagi.Semalam sudah menjadi sejarah buatku.Esok pula merupakan misteri buatku.Namun hari ini adalah anugerah buatku.Untuk aku lakarkan riwayatku agar menjadi sejarah untuk hari esok.
Berbekalkan telefon lama,hanya itulah sahaja alat perhubungan yang boleh digunakan oleh keluargaku untuk menghubungiku melepaskan rindu.
Ini merupakan kad telefon (weinak) yang digunakan oleh mahasiswa Malaysia yang ingin menelefon keluarga dan teman-teman di Malaysia...
Ye.Memang keluaragaku berbeza dengan keluarga orang lain yang lebih senang dan berada.Tapi aku bersyukur kerana mempunyai ahli keluarga yang mengambil berat,penyayang dan memahami.Dan sesungguhnya sifat inilah yang mengeratkan hubungan kami sekeluarga.Itulah yang membuatkan aku bertambah rindu..Rindu dengan gurau senda mereka.Rindu dengan layanan mereka.Rindu dengan nasihat dan motivasi dari mereka.Dan aku RINDU JIDDAN pada mereka..
Ayah,umi,abang,adik...Akaq akan cuba buat yang terbaik dan akan cuba menjadi anak yang terbaik dan akan membanggakan ayah dan umi dengan izin Allah insyaAllah..
Ya Allah,sampaikanlah salam rinduku pada mereka yag kukasihi lagi ku sayangi di kejauhan sana..
No comments:
Post a Comment