Bismillah..
Assalamualaikum w.b.t..
Saat aku masih mencuba mencari langkah,terasa hampir selalu aku tersadung.Kadang-kala juga aku terjatuh.Seringkali aku perhatikan mereka.Mereka sepertinya sudah lali dengan kehidupan sebegini.Bagai sudah sebati kehidupan ini dengan mereka.Dan adakah mereka tidak terasa cuak dan janggal dengan kehidupan ini.Aku sendiri tidak pasti akan hakikat itu.Yang pasti aku terasa segan dengan diriku ini.
Kehidupan ini umpama sebuah buku.Yang mana di awalnya merupakan tarikh kelahiran kita dan di akhirnya merupakan tarikh kematian kita.Dan di tengah-tengah lembaran itu tercatat pelbagai cerita dan riwayat hidup kita sepanjang hidup kita di dunia.Tidak lupa juga bahaawasanya ditengah-tengah lembaran itu jugalah tercatat segala amal kita tidak kira sama ada yang baik atau yang buruk.Tetapi seburuk-buruk halaman yang lalu,masih tersedia helaian-helaian yang baru dan sedia putih di hadapannya untuk dilakar dan di corakkan dalam hidup ini.Dan itu semua terpulang kepada kita sama ada ingin melakar pelangi ataupun melakar petir.
Hanya satu perkara yang perlu kita ingat ialah tidak kira siapa pun kita di dunia ini,kita adalah anugerah dan kurniaan Allah kepada ibu bapa kita.Dan harus diingat juga bahawasanya perilaku dan sikap kita yang akan melambangakan keperibadian ibu bapa dan dir kita sendiri.Selagi kita hidup,selagi itulah kita akan membawa nama ibu dan ayah kita.Tetapi sebaliknya pula yang berlaku kepada ibu bapa kita.Selagi kita hidup,mereka yang akan menjinjing dosa dan pahala kita sehingga mereka mati.
Jadi,tergamakkah kita membiarkan ibu bapa kita terseksa gara-gara dosa-dosa kita yang kita timbunkan ke atas mereka???Tegakah kita???Sanggupkah kita melihat ibu bapa kita sendiri dijilat api neraka kerana dosa-dosa kita yang bertimbun-timbun itu???Tepuklah dada dan tanyalah iman kita.
Aku tahu.Mungkin kadang kala kita terleka dan terlupa.Aku juga begitu.Aku tidak menafikan hakikat itu.Aku tidak merasa malu untuk mengaku bahawa aku ini pelupa.Kerana memang manusia ini mudah lupa.Memang tiada insan sempurna di dunia ini.Perkataan manusia yang berasal dari perkataan NASIYA memang membawa makna lupa.Jadi,kita tidak perlu malu dengan kelemahan yang ada pada diri kita.Kerana Allah telah bekalkan sedikit kelebihan dan kelemahan pada setiap hamba-hambaNya agar kita dapat menjadi pelengkap diantara satu sama lain.
Teringat kisah pada suatu pagi tu.Masuk hari ini,dah 2 hari rumahku dilanda ketiadaan air.Menjadi kebiasaan apabila hidup di tanah Jordan ini dengan ketiadaan air.Almaklumlah,masa duduk kat Malaysia dulu tak pernah rasa takde air.Lepas tu,bila sampai sini orang sini pun tak banyak guna air.Memang kekok la kita kan.Bayangkan,dalam seminggu cuma sekali jerk mandi.Yang kami ni,tak biase.So,Air yang 1 tong biasenye boleh tahan sampai seminggu jadi 2 hari jerk.Ahli bayt pulak 13 orang.Memang tak cukup lah kan.
Nak ceritanya pagi tu aku dengan beberapa ahli bayt aku topup air.Kebetulan rumah bawah pun tak de air.So,sekalilah.Kami naik sutuh dalam 4 orang macam tu.Lepas tu,seorang ahli bayt aku turun jumpa ammu tu untuk amek tali.Daripada atas kami lempar tali tadi tu ke ammu yang tengah dok tunggu kat bawah tu.Ammu tu pun ikatlah tali tu dengan tali paip.Lepas tu,dia suruh kami tarik daripada atas.Kami ni pun apa lagi,dengan kudrat yang ada kami tarik dengan sekuat hati sambil berzikir.Harapnya moga Allah permudahkan.
Alhamdulillah.Akhirnya sampai juga tali paip tu ke atas sutuh.Kami pun apalagi.Ada yang tahan tali air dekat tong air and ada yang tahan tali air kat tepi dinding sutuh.Tiba-tiba,tali paip yang dipegang terasa ringan.Bunyi air juga tak kedengaran.Rupa-rupanya,tali paip tu tercabut antara satu sama lain.Ha,apalagi?Memancutlah air.Habis basah lencun ammu kat bawah tu.Ammu tu siap laung dari bawah lagi suruh kami turunkan tali air tadi.Kami pun turunkanlah tali paip tu.Dengan tak di sangka-sangka,tali paip tu tercabut dari tali.Ha,sudah jatuh ditimpa tangga.Tali paip tu jatuh kat atas kepala ammu tu pulak.Allah!Kami yang kat atas dah ada yang tepuk dahi dah ni.Ammu tu pulak,siap membebel lagi kat kami semua.Sakit kot kepala dia.Kami pun tunggu ammu tu betulkan and pasang balik paip tadi dengan sabar.Untung hari ni cuaca panas-panas berangin.Kalau tak,jenuh jugak nak tunggu kat atas sutuh tu lama-lama.Boleh hitam kot muka.Terik tu.
Bila dah siap,kami tarik balik tali paip tu sampai atas.Tapi,baru sampai tong ke-4 tali paip tu macam nak terputus lagi.Yang ammu kat bawah tu dah cuak dah muka dia.Takut tercabut lagi kot.So,dia cepat-cepat naik atas sutuh rumah kami dengan bawak potongan-potongan kotak.Sampai-sampai jerk kat atas,dia terus suruh kami tarik tali paip tu sampai ke atas.Masa tu kami sempatlah tanya nama and umur dia.Dia siap boleh buat lawak lagi dengan kami walaupun dalam keadaan macam tu.Bila dah siap,dia turun semula.Kami pun sambung isi air dalam tong sampai selesai.
Dan yang aku tak boleh lupa.Masa dia kerja tu,tak ada sikit pun dia merungut.Tersenyum lagi adalah.Kami sampai nak tergelak berbual dengan ammu tu.Aku terfikir sekejap.Tiba-tiba,muncul 1 bayangan di kepala aku ni.Ya!Ayah aku.Kalau tengok ammu tu,umur dia maybe lebih kurang kot dengan umur ayah aku.Tengok cara dia mencari rezki membuatkan aku insaf.Titisan keringat yang membasahi jubah yang dipakainya tak dihiraukan.Biarpun kepenatan dan kesakitan yang di alaminya jelas terpancar ke wajah,ia sedikit pun tak melunturkan semangatnya untuk terus mencari rezeki yang halal untuk anak dan isterinya di rumah.
Hatiku tersentuh sejenak.Terfikir aku bahawa selama ini ayahku juga bersusah payah mencari rezeki buat kami sekeluarga.Dari aku sekecil tapak tangan sehinggalah sekarang ini aku sudah berada di kejauhan.Semuanya adalah berkat usaha gigih umi dan ayah aku.Tapi sampai sekarang baru berapa kali rasanya aku mengucapkan terima kasih kepada mereka.Tak terbayar rasanya pengorbanan mereka selama aku hidup ni.Setakat ini,aku hanya mampu mengirimkan doa untuk mereka berdua di kejauhan ni.Ya Allah,sungguh aku rindu pada mereka.
~Semoga Allah menjagakan mereka untuk aku..Allahumma Aamiin..