Saturday, July 20, 2013

API BARAN ITU PANAS...

Bismillah..

Assalamualaikum w.b.t..

Dalam keadaan cuaca yang panas terik di Jordan ni kadang kala menyebabkan suhu kepanasan dalam diri juga naik mendadak..Dan time ni la asyik rasa nak marah je kerjanya..Walaupun kadang kala di tahan,pasti akan terlepas juga kalau tiada kesabaran..Tu yang sedih tu..Free free orang sekeliling kene sembur..


Tapi tu lah..Sebenarnya sifat baran tu kita kena kawal..Sebabnya baran nie penyakit berjangkit..Macam kudis..Makin digaru makin sedap..Macam tu la juga dengan sifat baran ni..Kalau kita marah orang,orang juga akan naik marah..Kalau bukan marah kat kita pun mungkin dia akan marah orang lain..Sebab apa???Sebab nak lepaskan kemarahan dia pada kita..




Urm,nak tau satu fakta tak???

Sebenarnya sifat baran ni mampu memusnahkan diri kita sendiri..Nak tau kenapa?Sebabnya baran itu adalah amarah dan amarah itu datangnya dari syaitan yang tujuannya adalah untuk melaga-lagakan manusia..

Orang yang bersifat panas baran selalunya merupakan seorang yang tidak gembira dengan dirinya sendiri..Dan jika seseorang itu tidak gembira dengan dirinya sendiri,dia tidak mampu untuk menggembirakan orang lain..

Kita seharusnya bijak mengawal dan menangani emosi dengan kaedah dan cara yang betul..Apabila kita berhadapan dengan seseorang yang panas baran,jangan pernah merasa marah..Tetapi kita menganggap dia sedang sakit dan kita sebagai doktor kepadanya..

Seperti kata pepatah : "Orang yang baik menjadi guru kepada orang yang jahat,dan orang yang jahat menjadi 'kertas kerja' kepada orang yang baik.."

Jadi,jika ada antara sahabat kita yang sedang panas baran,anggaplah dia sebagai seorang pesakit yang perlu dirawat..Bagi merawatnya kita perlu tahu diagnosisnya..Bagi mengetahui diagnosisnya pula,kita perlu tahu penyebabnya..Jadi,mohonlah bantuan dari Allah s.w.t bagi menyelesaikan masalah sekaligus memberi ketenangan dan menguatkan mental..

Jika kita tidak suka apa yang berlaku di dunia luar,kita perlu mencerminkan dunia dalaman kita iaitu :

~Perbetulkan diri sendiri dulu..
~Berasa belas kasihan kepada sahabat..
~Cuba berkomunikasi dengan baik..

Sebelum menegur orang yang panas baran,menangilah kepercayaannya dahulu..Kemudian tegurlah dengan bijak sana..

Dan jangan lupa!

Jika kita yang berada dalam keadaan amarah,cubalah mengawal amarah kita dengan beristighfar kepada Allah s.w.t..InsyaAllah rasa itu akan beransur sirna..Tetapi jika hanya dengan beristighfar kita tidak mampu meredakan amarah,maka cubalah untuk bertenang dan duduk..Dan jika itu juga tidak mampu mengurangkan suhu kepanas dihati,cubalah diringankan badan untuk berwudu' dan solat..InsyaAllah,amarah itu akan reda..Kerana solat itu kunci ketenangan..

Semoga kita diberi kekuatan oleh Allah s.w.t untuk melawan nafsu amarah yang meletus di dalam dada..Aamiin.....

No comments:

Post a Comment