Tuesday, December 10, 2013

LAHIR KASIH SAYANG DI DALAM IMAN...

Bismillah..

Assalamualaikum w.b.t..




Wa'ad..

     Merupakan salah seorang mahasiswi arab di Jami'ahku.. Jami'ah Mu'tah,Jordan.. Namanya cukup ringkas seringkas orangnya.. Hanya mengenakan baju kot tebal dan syawl serta berbedak nipis dan lipstik.. Ya.. Cukup besederhana jika nak dibandingkan dengan mahasiswi arab lainnya..

     Hari ni aku ke Jami'ah seorang diri.. Tanpa teman.. Tanpa ahli bayt.. Ya.. Sendiri.. Memandangkan muhadharah aku pada hari ni tepat jam 8:00 pagi, aku keluar dari rumah tepat jam 7:30 pagi.. Kebetulan pula rumah aku dekat dengan tempat Coaster.. Pada aku, pukul 7:30 pagi tu dah kira lambat sangat la tu.. Mana tidaknya.. Kelas mula pukul 8:00 pagi.. Tapi, Dr aku ni masuk 10 minit awal.. Ha.. Kalau dah lambat tu, memang berlari la gamaknya.. Sebab Dr aku ni orangnya sharp masa.. Pantang lambat.. Mesti kene "Itla' barra.. " la jawabnya dengan dia.. Hehehe.. (Alhamdulillah..setakat ni belum pernah kene lagi..hehehe)

     Ok.. Tu cerita aku di Jami'ah..

     Sekarang nie, aku baru masuk dalam coaster (bas pendek) sebenarnya.. Hehehe.. Coaster ni aku panggil coaster cantik.. Sebab apa ? Sebab dalam banyak2 coaster, coaster ni la yang aku tengok paling cantik, paling panjang, paling besar, paling bersih dan yang paling penting coaster ni adalah coaster yang paling selesa... Hahaha.. Warna dia pun lain dari coaster2 yang biasa aku naik.. Warna putih-kelabu.. (biasa warna coaster putih-hijau @ putih-biru) Dan aku suka naik coaster ni sebab kelindan dia yang baik dan peramah.. Dah tua dah orangnya.. Hahaha..

     Nak ceritanya.. Aku adalah akhawat Malizi pertama yang naik coaster ni.. Time aku naik tu, ada la seorang conducter coaster (alah, macam conducter bas gitu) suruh aku duduk belakang..

"Irja'il wara' ya sodiqah.. " katanya padaku..

'Alamak ! Dah lah coaster ni panjang.. Dia nak suruh aku duduk belakang pulak tu.. Memang tak la kan.. Susah la aku nak keluar nanti..Dah la aku dah lambat ni..' Aku mengomel sendiri..

     Sambil tu mata aku melilau ke dalam coaster.. Apabila aku terpandangkan seorang akhawat arab yang duduk di bahagian depan, aku pun apa lagi.. Terus duduk sebelah akahawat arab tu tanpa menghiraukan kata2 syabab tadi..

"Hai ukhty.. Laisa sodiqah.." tiba2 syabab tadi berkata kepadaku bila saja aku melabuhkan punggungku di kerusi..

Aku pandang dia sebelah mata.. 'Ada aku tanya ke?' soalku.. Tapi, meletus dalam hati je la..Hehehe..

Aku toleh ke sebelah kiriku..

'Adik dia ke ? Cantik.. ' bisikku sendiri.. Aku hanya senyum padanya..

Semasa coaster berjalan, aku hanya menghadap ke hadapan.. Dia pula selak langsir ke tepi tingkap..
Nak tengok pemandangan kat luar kot..

"Sihhah ? " soalnya padaku tiba2 sambil menoleh ke arahku.. Terkejut aku dibuatnya..

"Syu ? " aku yang tak perasan dengan soalan dia tadi bertanya kembali..

"Enti sihhah ? " soalnya untuk kali yang kedua..

Owh, dia tanya aku sihat ke tak.. Ingatkan apa la tadi.. Mungkin sebab dia dengar aku terbatuk2 kot tadi..

"Alhamdulillah.. Maleih.. " aku menjawab ringkas.. Dia hanya mengangguk dan tersenyum padaku.. Kemudian, matanya kembali memandang ke luar tingkap..

'Caring jugak dia ni.. Best jugak kalau dapat berbual dengan dia..' fikirku tiba2.. Entah kenapa aku rasa mulut ni macam ringan je nak berbual dengan dia..

"Lausamah ya sodiqah.. Erm, syu ismek enti ? " tanyaku padanya..

Dia yang mungkin terkejut dengan soalan ku pantas berpaling menghadap aku..

"Wa'ad.. Ismi Wa'ad.. " dia mengulang sebut namanya sebanyak 2 kali..

"Wa enti ? " soalannya kembali kepadaku..

"Ismi Nur.. " jawabku pula.. Aku menanti respon daripadanya..

"Haaa..Aiwah..Nur.. " balasnya kemudian.. Mungkin dia dah biasa dengar nama 'nur' kot ye..

Orang arab di sini memang dah masyi dengan nama tulab Malizi yang biasanya bermula dengan pangkal 'nur' dan 'muhammad'.. Jadi, rata2 orang tua di sini senang memanggil kami dengan gelaran "ya nur" untuk akhawat dan "ya muhammad" bagi yang syabab.. Tapi ada juga yang sekadar memanggil "ya sodiq @ ya sodiqah" dan "ya akh @ ya ukh" .. Tak kurang juga yang panggil dengan gelaran "ya mu'allim @ ya mu'allimah".. Itu belum termasuk panggilan sesama Malizi lagi.. Sesama Malizi, kami membiasakan gelaran ustaz untuk yang syabab dan gelaran ustazah bagi yang akhawat.. Hurm, duduk Jordan ni memang macam2 gelaran dapat.. Hehehe..

"Gedesh umruk ya jamilah ? " soalku padanya lagi.. Saja ingin berkenalan..

"'Isyrin..wa enti, gedesh umruk ? " jawabnya pantas.. La..Sebaya ke ??? Hehehe..

"Binafsil umruk.. Umri ana 'Isyrin aidhon.. "

"Ha ? " dia bagaikan terkejut.. Kemudian ketawa.. Aku pun ketawa sekali.. Tak sangka kami sebaya.. Sebab kelihatannya dia lebih kecil berbanding aku..

"Erm.. Nur, syu takhassuski ? " dia bertanya kepadaku apabila coaster berhenti di trafic light..

"Syari'ah.. Feqh wa usuluhu.. Wa enti ? " jawabku sekali dengan soalan..

"Ana fi kuliyatul Handasah.. " jawabnya dengan segaris senyuman di bibir..

'La.. Mahasiswi jurusan kejuruteraan ke ?' Soalku sendiri.. Sebabnya sebelum ni, kenalan arabku semuanya daripada Kuliyah Syari'ah.. Sama ada jurusan Feqh wa usul ataupun Usuluddin.. Paling jauh pun, Kuliyah Adab.. Itu pun sebab bangunan kuliyah yang sebelah menyebelah.. Dan biasanya kami akan berjumpa di musolla Kuliyah Syari'ah dan Huquq..

     Ok.. Hari ni ada anjakan..Aku ada kawan arab daripada Kuliyah Handasah.. Yeay ! Jauh kot bangunan kuliyah dia tu.. Aku pun tak pernah pergi sana.. Hehehehe.. (macam jauh sangat je kan..padahal kalau tengok dari musolla, nampak je bangunan Kuliyah Handasah tu..hehehe)

"Erm, baituki fil Mu'tah ? " aku mengajukan soalan kepadanya setelah lama mendiamkan diri.. Sebabnya tadi masa aku masuk2 coaster dia dah ada kat dalam.. Padahal coaster tu baru sampai kot..

"La'.. Baiti fil Qurba'.. Laisa houn.." selamba dia menjawab..

"Qurba' ? Ba'ied soh ? aku bertanya.. Inginkan kepastian kononnya.. (sebenarnya tak tau pun kat mana) Hehehe..

"Syuwaia.. Lakin la ba'sa.. Lianno hai bas li abi.. Ma fi musykilah insyaAllah.. " dia tersenyum kepadaku.. Mungkin dia sudah menjangka soalanku tadi..

"Houn abuki ? " soalku lagi.. Tak puas hati..

Dia mengangguk sambil ketawa.. Mungkin lucu dengan reaksiku yang agak terkejut tu..

     Ohh.. Padan la masa syabab tadi kutip duit tambang, dia tak bayar.. Aku mati2 ingat dia dah bayar time dia naik tadi.. Rupa2nya.. Ni coaster bapak dia.. Padan la pun tak bayar.. Hahaha.. Ha.. Ambik kau.. Tergelak terus aku kat situ.. Haish.. Punyalah aku fikir macam2 fasal dia tadi.. Rupanya dia anak tuan punya coaster.. Hai.. Ma'alisy jiddan ye Wa'ad.. Huhuhu.. Padan la pun syabab tadi cakap Wa'ad ni adik dia.. Ha.. Baru aku dapat imagine.. Hehehe..

"Sa'ah kam abuki wa enti jaiey houn ? " soalku kepadanya sehabis gelak..

"Ba'da subh.." jawabnya ringkas..

Ha ??? Lepas subuh tu.. Pukul 6:00 pagi kot.. Haish, sekarang ni dah la tengah syita'.. Sejuk kot.. Memang betul2 juhud dia ni.. Aku pun keluar rumah pukul 7:30.. Huiii.. Malu la pulak dengan dia ni.. Tapi nak buat macam mana.. Badan aku tetap badan Malaysia.. Walaupun aku dah duduk sini dekat 2 tahun, badan aku tetap tak tahan sejuk.. Pukul 6:00 tu, aku rasa aku baru bangun nak solat subuh kot.. Dia dah keluar rumah.. Haibat2.. Kene cabar diri ni... Hehehe..

Punyalah asyik kitorang berbual, sampai tak sedar coaster dah nak sampai depan Jami'ah..

"Hal enti tajlisin fi musolla Syari'ah ? " dia tanya aku masa coaster masuk perkarangan Jami'ah..

"Ahyanan fi waktul faghar..Lianno ahyanan azhab ilal maktabah.. Lakin fi wakt Dzuhur, insyaAllah ana maujud fi hienak.." aku menjawab soalannya sambil membetulkan beg sandangku..

"Ana maujud fi musolla fi wakt Dzuhur.." katanya kemudian..

"Fi musolla Syari'ah ? " soalku kembali padanya.. Sebabnya macam tak pernah nampak sebelum ni.. Aku yang tak perasan kot ye??? Hehehe..

"Syari'ah aw Adab.." jawabnya..

"Aiwah.. Sanaltaqi hienak insyaAllah.. " balasku kemudiannya.. Tak tau nak cakap apa dah sebenarnya..

"Ya Nur! Ana, uhibbuki fillah.. " Tiba2 dia menutur kata2 indah itu padaku.. Rasanya belum ada mahasiswi arab yang menuturkan kata keramat itu padaku.. Ya.. Dan dia adalah yang pertama..

"Masya Allah.. Uhibbuki fillah aidhan ya Wa'ad.. Ukhuwah fillah ilal Jannah insyaAllah.. " hanya itu yang mampu ku balas padanya.. Sungguh ! Aku terharu.. Ku kira susah untuk mahasiswi arab sepertinya menerima mahasiswi Malizi sebagai sebagai kawan.. Tapi ini.. Pandanganku meleset sama sekali.. Kerana aku sendiri mengalaminya dan mendengar bicara indah itu dari mulutnya.. Padahal kami baru berbual lebih kurang 15 hingga 20 minit.. Tak lama pun.. Tapi, riak dan susun katanya bagaikan kami sudah lama berkawan.. Sungguh ! Aku senang dengannya..

Time aku nak turun dari coaster, aku pandang dia sekilas..

"Wa'ad, syukran 'ala kulli hal.. Ma'assalamah.. Allahu yubarik fik.. " sambil itu aku mengangkat tangan kepadanya tanda memberi salam..

"'Afwan.. Hala'2.. Ma'assalamah.. " wajahnya manis dengan senyuman seperti tadi..

     Setelah itu, aku terus turun dari coaster dan berjalan ke dewan kuliyahku.. Dia juga turun.. Tapi terkebelakang dariku.. Dalam perjalananku, fikiranku masih terbayang dan teringatkan Wa'ad.. Sungguh ku tak sangka.. Pertemuan yang diatur oleh Allah sebentar tadi membuatkan aku semakin yakin bahawa manusia itu sifatnya memang saling memerlukan.. Bukan saling membenci dan bermusuhan..

     Teringat firman Allah s.w.t dalam surah Al-Hujurat ayat 10 yang bermaksud :

"Sesungguhnya orang2 mu'min itu bersaudara.. Kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat.."

     Ya.. Tak kira lah kita dari suku atau bangsa yang mana.. Dan tak kiralah warna kulit kita yang berbeza.. Juga bahasa pertuturan yang berbeza.. Jika dah namanya islam, kita memang bersaudara.. Dan kita wajib menyayangi saudara seislam kita sebagaimana kita menyayangi diri sendiri..

     Sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah dalam Riwayat Bukhari dan Muslim :

Daripada Abu Hamzah, Anas bin Malik r.a., pembantu Rasulullah s.a.w., bersabda, : "Tidak beriman salah seorang daripada kamu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.."

     Wa'ad.. Nama mahasiswi arab pertama yang aku tak lupa.. (biasanya sekali tanya, tu je la yang aku ingat.. nanti tanya balik, aku dah lupa.. nama dah la pelik.. hehe) Dia sungguh baik pada pandanganku.. Lemah lembut, cantik, comel dan peramah.. Sungguh ! Aku tak menyesal dapat berkenalan dengannya.. Terima kasih ya Allah.. Moga ada rezeki untuk aku bertemu dengannya lagi.. Aamiin..

#Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan..
Yakinlah pada Allah..
Sesungguhnya pertemuan & perpisahan itu sudah termasuk dalam rencana Allah..




*lupa nak mintak no phone & account fb dia*

Friday, December 6, 2013

MENGINTAI CINTA DI PERDU TARBIYAH DAN DAKWAH..

Bismillah..

Assalamualaikum w.b.t..



Dakwah itu..

Jalannya penuh dengan warna warni..

Tersulam di sebaliknya duri-duri yang melata..

Penuh kelukaan dalam simpang siur pengembaraan..

Namun,

Tersirat disebaliknya kebahagiaan..

Dengan sentuhan disetiap kali adanya..

Ya ! Kebahagiaan pada ruh dan hati.. 



Dakwah itu..

Sumbernya adalah cinta..

Rumahnya adalah hati dan jiwa..

Maka,

Nikmatilah perjalanannya..

Berdiskusilah dengan bahasa bijaksana..

Bersama kelembutan dalam menyemarak cinta..



Dakwah itu..

Memang bukan mudah..

Kadang hati pedih berdarah dan terluka..

Dengan ego, karenah dan sikap manusia..

Terlalu memenatkan hingga terasa lelah..

Namun,

Tahanlah air mata agar tidak tumpah..

Balutlah hati yang luka berdarah..

Kekar..

Kuatlah iman menerima ujian-Nya..

Tabahlah hati dalam menyeru ke jalan-Nya..

Dan teruslah melangkah tanpa curiga..

Meski hati terluka kerana manusia..

Sedarlah bahawa Allah pasti ada..



Ya ! 

Memang begitulah dakwah..

Dakwah adalah cinta..

Cinta yang penuh tarbiyah..

Ketahuilah olehmu..

Cinta akan meminta semuanya darimu..

Sampai fikiranmu, perhatianmu, dudukmu dan jalanmu..

Hatta tidurmu sekalipun..



Kerana..

Dakwah itu..

Hujungnya bukanlah pada usia..

Akhirnya bukan juga di dunia..

Tetapi, di dalam cahaya cinta-Nya..

Bersama redha-Nya di syurga..

Hanya dengan satu tujuan..

Mengembalikan kerangka matlamat hidup bertuhan..



Ingatlah !

Tarbiyah bukan segala-galanya..

Tetapi, segala-galanya bermula dengan tarbiyah..

Wednesday, December 4, 2013

DON'T GIVE UP BEFORE KEEP IT UP..

Bismillah..

Assalamualaikum w.b.t..



"Winning is great, sure, but if you are really going to do something in life, the secret is learning how to lose..Nobody goes undefeatead all the time..If you can pick up after a crushing defeat, and go on to win again, you are going to be a champion some day.."


Kita menilai diri sendiri berdasarkan apa yang kita mampu buat..

Manakala orang lain pula menilai kita berdasarkan  apa yang telah kita buat..

Namun,

Allah menilai kita berdasarkan keikhlasan dan istiqomah kita terhadap amalan..

"Sesungguhnnya sesuatu amalan itu dikira berdasarkan niat.."

Walaupun sebesar zarah..  

Ianya pasti akan dikira dan diganjari pahala..

Sesungguhnya neraca Allah tak pernah menipu..

Kejayaan bukannya sentiasa menjadi milik kita..

Kerana kejayaan adalah milik mereka yang berusaha..

Bak kata pepatah..

"Yang bulat itu tak kan datang bergolek dan yang pipih itu tak kan datang melayang"

Sungguh..

Kejayaan memang sukar dicapai dengan usaha yang biasa..

Kerana orang yang berjaya pasti akan diiri..

Sedang ulama' terulung Professor Yusuf Al-Qordhowi juga difitnah dan dicaci maki..

Inikan pula kita..

Hanya manusia biasa yang terlalu sensitif emosi dan kredibilitinya..

Tetapi, percayalah..

 Ianya akan tetap terlaksana dengan usaha yang luar biasa..

Usaha yang digandingi dengan rabitah hati dan taqarub kepada Ilahi..

Lihatlah ke atas..

Agar engkau memperoleh semangat untuk terus maju..

Lihatlah ke bawah..

Agar engkau bersyukur atas semua pemberianNya..

Lihatlah ke sisi..

Agar bertambah erat ukhuwah kebersamaanmu untuk menuju Jannah Ilahi..

Lihatlah ke belakang..

Agar engkau mampu mengutip semua peristiwa semalam menjadi pengalaman berharga..

Lihatlah ke dalam..

Agar engkau memuhasabah diri dan hidupmu..

Lihatlah ke hadapan..

Agar engkau mampu menjadi lebih baik dari semalam..

Ingatlah..

Dari air kita mampu belajar tenang..

Dari batu kita mampu belajar menjadi tegar..

Dari tanah kita belajar betapa besarnya makna kehidupan..

Dari rama-rama kita belajar bagaimana mengubah diri..

Dari padi kita belajar untuk tawadhu' dan rendah hati..

Dan dari Allah kita belajar tentang kasih yang sempurna..

Kerana kita tidak sempurna..

Dan tiada yang sempurna melainkan Dia..



Jadikanlah pengalaman masa lalu kita sebagai ilmu dan pengajaran untuk masa akan datang..
Dan letakkanlah pengaharapan hanya kepada Allah, Tuhan semesta 'alam..

Wallahu a'lam..

>Semoga penyelusuran kita dalam liku2 kembara ini mendapat perhatian dari Allah agar diredhai dan dirahmati..

Monday, December 2, 2013

LAMBAIAN SYITA'...

Bismillah..

Assalamualaikum w.b.t..

     Selama beberapa hari ini, ku lihat langit menangis di bumi Malaysia..Tangisan yang menyebabkan berlakunya bah besar di serata Semenanjung..Tanah tempat kelahiranku..Awan kelihatan gelap pekat tanpa sinaran mentari..Cukup untuk membuat manusia berfikir..Apakah manusia mengira Allah menurunkan hujan itu sia-sia..

Allah..Pasti ada sebab dan tujuannya..

     Tetapi, lain pula yang berlaku di tanah Jordan tempat aku berpijak untuk menuntut ilmu ini..Angin kuat di setiap pagi adanya sudah cukup untuk membuat kami menarik hirom untuk tidur semula..

     Kabus yang menutup pandangan pada pagi itu jelas menunjukkan yang syita' akan menyusul tidak lama lagi..Dan ya!Keesokkannya, hujan mula membasahi tanah para syuhada' ini..Mu'tah mula diselubungi angin sejuk dan hujan renyai..

Kabus dan hujan renyai yang menyelubungi Jami'ah Mu'tah, Jordan... [021213]

     Teringat aku tentang satu post di FB beberapa hari lalu sewaktu aku ke Irbid untuk menghadiri program LANCER II anjuran Kelab Peguam Malaysia Jordan (KPMJ)..Katanya.."Marilah kita sama-sama solat hajat dan solat sunat istisyqa' untuk meminta Allah turunkan hujan.."Ya..Jordan terlalu panas terik ketika itu.. Kerana pada kebiasaannya, hujan akan turun di Jordan pada bulan november sebagai tanda akan masuknya musim sejuk..

     Semakin hari, semakin sejuk..Rasanya kalah aircond..Kiraannya hanya bermain dengan negatif..Teriknya mentari juga tidak mampu memanaskan badan yang kesejukan..Air juga semakin terasa bisa bila terkena anggota badan..Ya Allah..Peritnya dan sakitnya hanya Allah yang tahu..Menggigil..Terketar-ketar tangan bila ingin menyentuh air..Bak kata senior-senior : "Bercinta nak pergi tandas dan mengambil wudu'.." Hahahaha..Aku akui itu..Walaupun aku sudah masuk tahun ke-2 di sini, aku masih tercabar dengan kesejukan tanah Syam ini..

     Sungguh aku katakan..Orang mungkin melihat kami gembira dengan salji yang turun setiap tahun adanya..Tapi, hakikatnya..Hanya Allah dan kami sahaja yang tahu betapa mujahadahnya hidup di musim syita' ni..Pakai baju sejuk 6 hingga 7 lapis belum tentu dapat memanaskan badan kami yang kesejukan..Namun, ia sekurang-kurangnya dapat melindungi tubuh dari kesejukan..Waktu solat ketika syita' memang perlu dijaga..Kerana semakin hari, waktu solat semakin awal..Jadi, kami sedaya upaya menahan diri daripada kentut demi mengelak mengambil wudu' berulang kali dengan air batu..Hehehe..

     Walaubagaimanapun, syukur Alhamdulillah di panjatkan jua kepadaNya..Teknologi kini sudah mampu memberi keselesaan hidup kepada kami di bumi Jordan ini..Air yang sejuk umpama ais dapat dipanaskan dengan adanya 'saqonah' di bilik air..Baju tebal yang berlapis2 juga sudah mampu menampung kesejukan badan di dalam rumah dengan adanya 'sobah'...Tidur malam juga terasa lena dalam balutan hirom dan cadar elektrik..

     Ya..Kalau nak dibandingkan dengan saudara mara kita di Syiria dan Palestine, kami di sini sudah cukup berutung..Kelengkapan dan keperluan syita' semuanya berada di depan mata..Tapi mereka???Allah..Apa yang kita rasa apabila terbayangkan mereka???Hidup mereka bagaikan gelandangan di tanah sendiri..Persiapan dan keperluan yang digunakan hanya apa adanya..

     Sedang kami tidur di atas katil yang empuk dan dibaluti hirom dan cadar elektrik, mereka tidur hanya beralaskan sejadah dan tanah2 keras..Ibu bapa merekalah penghangat tidur dikala kesejukan malam menggigit..Allah..Disaat kami megharapkan kehadiran salji yang lebat di setiap kali kedatangannya, mereka pula berlari2 mencari tempat berlindung dari gigitan kesejukan salji di setiap adanya..Disaat kami bergelak ketawa dan bermain salji dengan girangnya, mereka sudah kekejungan mati dalam kesejukan..

    Allah...

    Terasa longgar seluruh sendi2ku..Serasa bagai tidak mampu berdiri..Bagaimanalah agaknya reaksi mereka terhadap kehadiran syita' pada kali ini..Hanya Allah sahaja yang tahu..Gigihnya mereka dalam meneruskan hidup..Demi menuntut redha Ilahi..

     Hanyasanya setangkai doa dari Bumi Jordan ini yang mampu aku kirimkan buatmu wahai saudara-saudara seislamku di Syiria dan Palestin sana..Semoga kalian terus kuat dan sabar menempuh kesejukan salji pada kali ini..Sesungguhnya syurga telah tersedia buatmu wahai pejuang2 Allah..

#Ahlan wa sahlan ya SYITA'..

Sunday, November 3, 2013

KEMANA PERGINYA DOA ?

Bismillah..

Assalamualaikum w.b.t..


Kau mengharapkan wang..

Ternyata yang datang adalah hutang..

Lantas kau pinta kemudahan..

Justeru yang hadir adalah kesulitan..

Sedang kau mohon kesihatan..

Malah yang menghampiri adalah kesakitan..

Jangan kau tanya..

Kenapa Allah tak kabulkan doa ?

Jangan kau paksa..

Bila Allah akan ijabahkan doa ?

Jangan kau hairan..

Mengapa Allah abaikan doa ?

Tapi, tanyalah dirimu..

Bagaimana tubuhmu berbicara ?

Tanyalah dirimu..

Bagaimana hatimu berkata-kata ?

Adakah subuhmu menjelang dhuha ?

Adakah Zhuhur mu di penghujung waktu bekerja dan belajar ?

Adakah Asar dan Maghrib mu dekat waktunya ?

Adakah Isya' mu lewat kerana lelah yang ada ?

Jangan salahkan Allah..

Jika kau rasa bebas berbuat dosa..

Lalu boleh diputihkan dengan Umrah di setiap tahun adanya..

Jangan salahkan Allah..

Jika ayat Al-Quran kau pilih beberapa..

Surah Yusuf agar mendapat anak kacak yang soleh..

Surah Maryam agar memperoleh anak yang cantik solehah..

Surah Rahman agar rezeki melimpah..

Dan jangan salahkan Allah..

Jika ayat-ayatNya tak pernah dibaca..

Tak pernah diamalkan dalam kehidupan yang nyata..

Jika perintah Allah hanya dianggap beban..

Jika ibadah kepada Allah hanyalah dagangan..

Hanya untung dan rugi..

Jangan harap kecintaanNya akan datang..!!!





Ya ALLAH, 
Jagakanlah dan peliharalah hati kami dari hal2 yang sedemikian..
Aamiin ya Rabbal 'Alamin...  <3

Tuesday, August 6, 2013

BERSABARLAH SAYANG! ALLLAH ITU SENTIASA ADA DI SISIMU...

Bismillah..

Assalamualaikum w.b.t..



Suram..

Sesuram gerimis di hati..

Mengapa kau menangis,wahai diri..?

Merasakan dunia tak lagi bererti..

Adakah kau meragui kasihnya Ilahi..?

Mengapa tidak yakin adanya Allah bersamamu..?

Kau mencari-cari..

Meraba-raba dalam gelap hatimu..

Bingung..

Nanar,dalam ramai..

Tak mengerti,mengapa ini yang harus kau hadapi..

Kau menanti..

Bilakah akan kau peroleh apa yang kau harapkan..

Merasakan Tuhan tak lagi endah padamu..

Tak lagi sudi memandangmu..

Jangan begitu,wahai diri..

Dengarkan apa kata Tuhanmu..

"Hai anak Adam!

Sesungguhnya selama mana engkau berdoa,

dan berharap kepadaKu,

Aku ampuni bagi engkau di atas dosa yang ada pada engkau,

dan Aku tidak peduli..

Hai anak Adam!

Jika telah sampai sekalian dosa engkau di awan langit,

engkau memohon keampunanKu,

nescaya Aku ampuni bagi engkau..

Hai anak Adam!

Sesungguhnya jika engkau datang kepadaKu

dengan kesalahan-kesalahan sepenuh bumi (ini),

kemudian itu engkau menemui Aku,

padahal tiada engkau mempersekutukan Aku dengan sesuatu,

nescaya Aku memberi kepada engkau keampunan degan sepenuh bumi.."

[HR At-Tirmizi]

Wahai diri..

Kau jiwa yang baik..

Jiwa yang rindu..

Cuma kau keliru..

Mengapa masih terus menzalimi dirimu..?

Sedangkan dirimu tak berhak disakiti..

Jasad dan rohmu anugerah terindah dari Ilahi..

Maka,mengapa tegar melukai..?

Kau jiwa besar yang dikasihi Tuhan..

Kau jiwa hebat berpotensi menyengat..

Kau jiwa kebal yang lali pada ujian..

Kau sebenarnya bercita-cita tinggi..

Lalu mengapa memilih untuk terus disakiti..?

Jangan begitu,wahai diri..

Sungguh,kau sentiasa punya satu lagi pilihan..

Iaitu kembali kepada luasnya kehidupan berTuhan..

Kembali berteduh di bawah redup kasih Ilahi..

Kembali kepada Dia..

Usah takut,wahai diri..

Bukankah mereka bersamamu..?

Menyokongmu..

Memimpinmu,tika kau bertatih di jalan ini..

Yang pasti,kau tidak sendiri..

Kerana masih ada yang menyayangimu..

"Dan Dia (Allah) yang mempersatukan hati mereka (orang yang beriman)..

Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada di bumi,

nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka..

Tapi Allah telah mempersatukan hati mereka..

Sungguh,Dia Maha Perkasa,Maha Bijaksana.."

[Al-Anfal : 63]

Oleh itu,yakinlah dan teguhkan derapan langkahmu di jalan ini..

Yakin Allah bersamamu di setiap langkahmu..

"Dan janganlah kamu merasa lemah..

dan jangan (pula) bersedih hati,

kerana kamu paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang beriman.."

[Ali-Imran : 139]





~Ingatlah !
Sesungguhnya Allah akan sentiasa ada bersama orang2 yang sabar beriman kepadaNya...

Monday, August 5, 2013

JALAN PULANGKU...


Bismillah..

Assalamualaikum w.b.t..



Tundukku malu di depanMu..
Kerana ku insan berdosa..
Ku adukan sesalanku..
Apakah Kau kan terima..

Kesunyian ini menyedarkan diriku yang lena..
Tinggalkan semalam yang nanah..
Lantas meratap hina kan ku pada sempurnaMu..
Terpaut aku tak berpaling..

Ku bersyukur hanya padaMu Tuhan..
Kau temukan laluan bermula..
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara..
Buatku melepas dahaga..

Suluhkan cahaya menerangi langkahku..
Semaikan segala hiasan indah cintaMu..

Ku mohon Kau tenangkan gusar hatiku yang rawan..
Bimbang Kau singkirkan taubatku..
Ku rayu Kau hulurkan keampunanMu padaku..
Kelakku zalimi diri ku..

Janjiku padaMu abdikan seluruh jiwa..
Sehingga masanya Kau seru hujung nyawaku..

Tak ku temu di manakah hentinya..
Rayuan taubatku padaMu..

Saturday, August 3, 2013

KETENANGAN DALAM KEMAAFAN...

Bismillah..

Assalamualaikum...

Hurm...

Dalam hidup ni,kadang kala apa yang kita tak jangka pun boleh jadi kan..

Bila Allah menyebut 'JADI' maka 'JADILAH' ia..

Dan perlu diingat..

Bukan semua apa yang kita mahu,akan menjadi milik kita..Dan bukan semua apa yang kita tidak mahu,tidak akan menghampiri kita..

Itulah namanya takdir dari Allah..

Siapa yang dapat sangkal?

Memang tak akan ada orang yang dapat sangkal..Dan siapa kita untuk menyangkal kehendak-Nya???Sesungguhnya Dia sahaja lah Yang Maha Berkehendak..

Ya...Semua orang berbuat silap..Tiada agakan di situ..Kerana semua manusia PASTI akan buat silap..Sama ada kita sedar atau tidak..Manusia sebaik Nabi pun ada yang buat silap,ni kan pula kita sebagai manusia biasa..Kita hanya insan yang lemah dan penuh dengan kekurangan..Sedarlah akan hakikat itu..

Namun, kehidupan masih perlu diteruskan..

Ya!Memang waktu itu tak akan berundur kembali..Tapi,itu bukan bermakna kita langsung tidak boleh menoleh ke belakang..Kadang kala kesilapan kita di masa lalu mampu mematangkan kita untuk menghadapi cabaran kehidupan di masa hadapan agar tidak terjatuh untuk kali yang kedua di takuk yang sama..

Jadi,kutiplah pengajaran itu agar menjadi pengalaman..Pengalaman..Agar tidak tersalah percaturan di masa hadapan..Pengalaman itu kan guru terbaik untuk kita mengolah kehidupan dengan lebih berhati2 dan tersusun..

Kesalahan kita pada Sang Pencipta,mungkin kita dapat perbetulkannya dengan bertaubat dan memohon ampun kepada-Nya..Tapi taubat kita boleh jadi diterima,dan boleh jadi juga tidak diterima..Ia berpandu pada niat dan keazaman kita..Tetapi selagi pintu taubat masih terbuka,insyaAllah taubat kita akan diterima..

Begitu juga kesalahan kita pada sesama manusia,mungkin kita dapat perbetulkannya dengan memohon kemaafan dari mereka..Tapi kita tidak boleh memastikan sama ada mereka ikhlas memaafkan atau sebaliknya masih menyimpan dendam terhadap kita..Kerana segalanya Allah lebih tahu berbanding kita..

Tapi lain pula halnya jika kesalahan kita pada diri kita sendiri..Diri kita,hanya kita yang tahu..Selain Allah,orang lain tidak akan tahu sekiranya kita melakukan kesalahan kepada diri sendiri melainkan kita sendiri yang memberitahu..Kita tidak perlu menghukum diri kita kerana kesilapan yang telah berlalu..Kerana tiada siapa yang mampu merubah diri kita kecuali diri kita sendiri yang ingin berubah..Ingatlah!Berdiam diri itu tidak akan merubah apa2..

Ya!Mungkin orang mampu bercakap itu dan ini..Tapi yang rasa itu kita,bukan mereka..Jadi,mengapa kita perlu bersusah payah untuk mengendahkan kata2 orang lain sedangkan kita telah nampak jalan untuk mengejar redha-Nya..Dan siapa lagi yang akan memaafkan diri kita kalau bukan diri kita sendiri???Betul tak..Jadi,berfikirlah dahulu sebelum bertindak ingin memalukan diri kita sendiri di hadapan Allah..

Memaafkan diri bukan bermaksud kita melupakan kesalahan lalu,tetapi kita memaafkan diri kita untuk memberi peluang kepada diri agar mampu hidup dalam keadaan yang lebih baik dan normal seperti orang lain..Tanpa rasa bersalah dan hina di hadapan manusia..

Dan ketenangan dan kelegaan juga akan menjadi jaminan setelah kita dimaafkan..

Kerana semua orang berhak untuk berubah dan semua orang berhak untuk mengecapi bahagia..Bahagia di sisi manusia,juga bahgia di sisi-Nya..

Ingatlah!

~MEMAAFKAN ITU PAYAH KERANA KEMAAFAN ITU INDAH~



Tuesday, July 30, 2013

IMAN SE'SWEET' TUTTI FRUTI..

Bismillah...

Assalamualaikum w.b.t..


Siapa kata nak capai kemanisan iman tu mudah???
Seriously kene struggle sangat...
Struggle dengan HATI...
Struggle dengan PERSEKITARAN...
Dan yang paling utama sekali ialah struggle dengan NAFSU...

Dan siapa kata nak jadi baik tu mudah???
Susah...Sungguh susah...
Sebab apa???
Sebab bila nak jadi baik kena mulakan dengan menurunkan EGO kita yang ntah dah menebal dalam diri tu...
Ya!Kerana EGO tu la kita lalai dalam bertaubat kepada Allah...

Jadi...
Kita perlulah untuk saling membantu dan saling mengingatkan supaya kita dapat buang karat2 jahiliyyah yang dah merosak dalam HATI dan JIWA kita tu ha...
Manisnya IMAN itu akan terbit di kala karat2 jahiliyyah itu semkin menjauh dan makin dipinggirkan dari benak HATI...
Dan manisnya IMAN itu dapat dirasai sepertimana yang disebut dalam hadith Nabi :

"Tiga perkara yang mewujudkan kemanisan iman adalah bilamana kita mencintai Allah dan Rasulnya lebih daripada kita mencintai makhluk-Nya..Dan bilamana kita mencintai sesuatu kerana Allah..Dan bilamana kita membenci kekafiran sepertimana kita benci apabila dicampakkan kedalam api neraka.."

[HR. Bukhari]

-Moga kita mampu untuk melaksanakannya...InsyaAllah,Aamiin...-

Sungguh bukan mudah untuk menjadi MUKMIN SUPER HEBAT...
Bukan mudah untuk berubah daripada JAHAT kepada BAIK...
Namun,ummi selalu pesan...
Jika kita tak mampu nak jadi TULANG BELAKANG kepada sesuatu perubahan yang baik kepada sahabat2 kita,usahlah menjadi BATU PENGHALANG kepada mereka...

Memang...
Bukan mudah untuk ISTIQOMAH...
Bukan mudah untuk sentiasa BERTAQWA...
Ya...Jalan menuju Tuhan tu memang tak pernah mudah dan senang...

Tapi, ingatlah!
Kita punya Allah..
Zat Tuhan Yang Maha Agung..
Yang punya zat bersifat AR-RAHMAN..

Semua perkara yang menghala ke arah kebaikan memang akan ada ujian dan dugaannya..
Ini semua untuk mencekalkan hati kita agar tidak berpaling setia dari yang satu..
Makin kuat pegangan iman kita,makin kuat cubaan yang Allah turunkan pada kita..
Ujian bukan bala dari Allah..
Tapi salah satu jalan untuk membuka ruang agar kita mengingatiNya lebih dari segala sesuatu di dunia ini..

Jika iman sudah kuat dan kental di dada..
Anugerah dan musibah akan dianggap karunia dari Allah..
Pasti tiada resah dan gundah di dalam dada..
Kerana segalanya akan dinilai pahala dan diganjari syurga..

Siapa yang tak mahu???

Jadi, tidak wajar untuk kita berputus asa...
Sebelum melabuhkan pengharapan kepada-Nya...
Kerana hanya Dia sahaja yang mampu membolak balikkan hati manusia...
Dan biarlah hati kita dibolak balikkan kepada-Nya...

~Sesungguhnya jika iman itu diibaratkan dengan gula-gula atau tutti fruti,semua orang pasti dapat menggambarkan betapa manisnya iman itu...Kerana kemanisannya akan tetap terasa walaupun ianya sudah cair dan melebur di dalam mulut...Cuma bezanya iman itu terasa manisnya di dada dan hati..Bukan di mulut..

Wallahu a'lam..

Saturday, July 20, 2013

API BARAN ITU PANAS...

Bismillah..

Assalamualaikum w.b.t..

Dalam keadaan cuaca yang panas terik di Jordan ni kadang kala menyebabkan suhu kepanasan dalam diri juga naik mendadak..Dan time ni la asyik rasa nak marah je kerjanya..Walaupun kadang kala di tahan,pasti akan terlepas juga kalau tiada kesabaran..Tu yang sedih tu..Free free orang sekeliling kene sembur..


Tapi tu lah..Sebenarnya sifat baran tu kita kena kawal..Sebabnya baran nie penyakit berjangkit..Macam kudis..Makin digaru makin sedap..Macam tu la juga dengan sifat baran ni..Kalau kita marah orang,orang juga akan naik marah..Kalau bukan marah kat kita pun mungkin dia akan marah orang lain..Sebab apa???Sebab nak lepaskan kemarahan dia pada kita..




Urm,nak tau satu fakta tak???

Sebenarnya sifat baran ni mampu memusnahkan diri kita sendiri..Nak tau kenapa?Sebabnya baran itu adalah amarah dan amarah itu datangnya dari syaitan yang tujuannya adalah untuk melaga-lagakan manusia..

Orang yang bersifat panas baran selalunya merupakan seorang yang tidak gembira dengan dirinya sendiri..Dan jika seseorang itu tidak gembira dengan dirinya sendiri,dia tidak mampu untuk menggembirakan orang lain..

Kita seharusnya bijak mengawal dan menangani emosi dengan kaedah dan cara yang betul..Apabila kita berhadapan dengan seseorang yang panas baran,jangan pernah merasa marah..Tetapi kita menganggap dia sedang sakit dan kita sebagai doktor kepadanya..

Seperti kata pepatah : "Orang yang baik menjadi guru kepada orang yang jahat,dan orang yang jahat menjadi 'kertas kerja' kepada orang yang baik.."

Jadi,jika ada antara sahabat kita yang sedang panas baran,anggaplah dia sebagai seorang pesakit yang perlu dirawat..Bagi merawatnya kita perlu tahu diagnosisnya..Bagi mengetahui diagnosisnya pula,kita perlu tahu penyebabnya..Jadi,mohonlah bantuan dari Allah s.w.t bagi menyelesaikan masalah sekaligus memberi ketenangan dan menguatkan mental..

Jika kita tidak suka apa yang berlaku di dunia luar,kita perlu mencerminkan dunia dalaman kita iaitu :

~Perbetulkan diri sendiri dulu..
~Berasa belas kasihan kepada sahabat..
~Cuba berkomunikasi dengan baik..

Sebelum menegur orang yang panas baran,menangilah kepercayaannya dahulu..Kemudian tegurlah dengan bijak sana..

Dan jangan lupa!

Jika kita yang berada dalam keadaan amarah,cubalah mengawal amarah kita dengan beristighfar kepada Allah s.w.t..InsyaAllah rasa itu akan beransur sirna..Tetapi jika hanya dengan beristighfar kita tidak mampu meredakan amarah,maka cubalah untuk bertenang dan duduk..Dan jika itu juga tidak mampu mengurangkan suhu kepanas dihati,cubalah diringankan badan untuk berwudu' dan solat..InsyaAllah,amarah itu akan reda..Kerana solat itu kunci ketenangan..

Semoga kita diberi kekuatan oleh Allah s.w.t untuk melawan nafsu amarah yang meletus di dalam dada..Aamiin.....

Friday, July 5, 2013

YA ALLAH,BOLEHKAH AKU MENCINTAI 'DIA'?

Bismillah..

Assalamualaikum w.b.t..

Ya Allah,bolehkah aku cintai 'dia'?
Ya Allah,bolehkah aku sayangi 'dia'?
Ya Allah,bolehkah aku merindukan 'dia'?

Bila perasaan itu mula menerobos ke segenap hatiku...
Aku tak akan sanggup untuk menanggungnya sendiri...
Aku memerlukan sandaran hati untuk menenangkan hatiku ini...
Kepada siapa aku harus melabuhkan 'CINTA' manusia ku ini???
Dan sampai kini aku masih belum mengetahui jawapannya...

Jika memang ada yang dapat menjadi yang terbaik untuk hatiku...
Kan ku pasrahkan segalanya kepada-Mu ya Allah...
Jika dia yang tepat Engkau pilihkan untuk ku Ya Rabb...
Tak akan kemana hatiku mencari tambatannya...
Jika bukan dia yang terbaik untuk ku...
Kan ku serahkan istikharahku kepada-Mu...

Ya Allah,jika memang Engkau menjodohkan seseorang kepadaku,pertemukanlah dia denganku dalam ikatan yang halal dan suci dari sisi-Mu...

Aamiin ya Allah....

*Cinta pada sesama manusia itu fitrah...Namun,cinta pada Allah itu lebih indah...


Saturday, June 29, 2013

PILIHLAH ORANG YANG PEDULI PADAMU...

Bismillah..

Assalamualaikum w.b.t..

Pilihlah seseorang... 
Yang mampu merasakan kesedihanmu dibalik senyumanmu..
Yang mampu mengerti fikiranmu disaat engkau terdiam..
Yang mampu merasakan kasih sayangmu disaat kemarahanmu..
Kerana dialah yang akan mampu mengerti tentang dirimu..

Terkadang kau harus berlari jauh..
Agar kau tahu siapa yang akan datang kepadamu..

Terkadang kau harus berbicara pelan..
Agar kau tahu siapa yang masih mau mendengarkanmu..

Terkadang kau harus melibatkan diri kedalam sebuah perbezaan..
Agar kau tahu siapa yang masih akan membelamu.

Terkadang kau harus mencuba mengambil keputusan yang kurang tepat..
Agar kau tahu siapa yang akan menunjukkanmu keputusan yang benar..

Terkadang kau harus melepaskan orang yang sangat kau cintai..
Agar kau tahu apakah dia akan setia di sisimu..

Sesungguhnya...

Ketika kita pergi bersembunyi hanyalah untuk ditemukan..
Ketika kita berjalan jauh hanyalah untuk melihat siapa yang masih setia mengikuti..
Ketika kita menangis agar kita tahu siapa yang dengan ikhlas menghapus air mata kita..

DIAlah sebenarnya yang masih mempedulikan kita..
Yang akan membuat hidupmu berbalut bahagia penuh senyuman..


~ sekadar picisan untuk menjadi renungan ~

Monday, June 10, 2013

SEBALIK HIJAB HARI KIAMAT...

Assalamualaikum..

Mengambil madah Aqidah 2 membuatkan saya merasa kiamat tu sangat hampir dengan kita..Bercerita tentang tanda2 nya menyebabkan saya tersedar..Ya!Tersedar bahawasanya telah banyak tanda2 kiamat yang dinyatakan dalam kalam Allah dan hadith Nabi terjadi tanpa kita sedari..Dan samada kita sedar atau pun tak,bumi ni dah terlalu tua dan uzur untuk menampung dosa2 kita di dunia..




Baik..Saya nak berkongsi serba sedikit ilmu mengenai HARI KIAMAT..Siapa yang tahu apa yang dimaksudkan dengan Hari Kiamat?

Ada apa dengan Hari Kiamat ni?Hari Kiamat tu macam mana?

Sebagai seorang muslim yang beriman kepada Allah s.w.t,kita semua WAJIB mempercayai kewujudan Hari Kiamat..

Nak tau kenapa???

Sebab,ianya termasuk dalam RUKUN IMAN..

Sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Saidina Umar Al-Khatab r.a dalam sebuah hadith : 

 سأل جبريل النبي عليه الصلاة والسلام : قال : فأخبرني عن الايمان, قال : أن تؤمن بالله وملائكته وكتبه ورسله ويوم الآخر و تؤمن 
يالقدر خيره و شره


Maknanya : Telah bertanya Jibril Nabi Muhammad s.a.w : Dia berkata : Maka khabarkanlah kepadaku tentang iman,Lalu Nabi bersabda : "Sesungguhnya beriman kepada Allah,dan beriman kepada MalaikatNya,dan beriman kepada KitabNya,dan beriman kepada RasulNya,dan beriman kepada Hari Kiamat.Dan beriman dengan ketentuan samaada yang baik ataupun yang buruk.."

So,nak tak nak kita memang kenalah mempercayai kewujudan Hari Kiamat nie sebab ianya telah dijanjikan oleh Allah..

Seperti dalam firman Allah yang mulia : 

"Sesungguhnya hari Kiamat pasti akan datang,tidak ada keraguan tentangnya,akan tetapi kebanyakan manusia tidak beriman.." [Surah Al-Ghafir 40:59]

"Sungguh,apa yang dijanjikan kepadamu pasti benar dan sungguh (hari) pembalasan pasti terjadi.." [Surah Az-Zariyat 51:5-6]


Ok..Sekarang,saya nak share serba sedikit tentang Hari Kiamat ni..Apa yang dimaksudkan dengan Hari Kiamat nie..Apa yang berlaku pada Hari Kiamat..And apa yang ada pada Hari Kiamat ni..

Pernah terfikir tak kita sebelum nie..Kenapa ia dipanggil Hari Kiamat?

Sebenarnya perkataan Kiamat tu berasal dari perkataan Arab iaitu Qiam yang membawa maksud 'bangun' atau 'bangkit'..Maksud menyeluruh bagi Hari Kiamat adalah 'Hari kebangkitan'..Dan yang dimaksudkan dengan kebangkitan di sini ialah kebangkitan semula makhluk dari kematian bermula dengan manusia pertama di zaman Nabi Adam sehinggalah manusia terakhir di saat Kiamat  itu tiba..

Kebangkitan itu untuk apa?Kebangkitan itu berlaku untuk Dia melaksanakan pembalasan diatas setiap perlakuan dan amalan kita di dunia dulu..Tak kira la perbuatan dan perlakuan kita tu baik atau buruk..

Seperti firman Allah yang telah termaktub di dalam Surah Tin ayat 1 hingga 8 :

Maksudnya : "Demi buah tin dan zaitun..demi gunung Sinai..dan demi negeri (Mekah) yang aman ini..sungguh,Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk  yang sebaik2nya..kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah2nya..kecuali orang2 yang beriman dan mengerjakan kebajikan ; maka mereka akan mendapat pahala yang tidak ada putus2nya..maka apa yang menyebabkan (mereka) mendustakanmu (tentang) hari pembalasan setelah (adanya keterangan2) itu?bukankah Allah hakim yang paling adil?"

Macam yang kita semua dah sedia maklum,semua makhluk yang hidup kat atas muka bumi nie semuanya akan mati dan akan binasa kan suatu hari nanti..Dan termasuklah juga awak semua ni..Saya sendiri pun tak ketinggalan untuk meninggalkan dunia yang fana' ni.. 

Firman Allah :

"Setiap yang bernyawa akan merasakan mati..Dan pada hari kiamat sahajalah diberikan dengan sempurna balasanmu.." [Surah Ali-Imran 2:185]

"Semua yang ada di bumi itu akan binasa..Tetapi wajah Tuhanmu yang memiliki kebesaran dan kemuliaan tetap kekal.." [Surah Ar-Rahman 55:26-27]

"Dan setiap umat mempunyai ajal (batas waktu).Apabila ajalnya tiba,mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan sesaat pun.." [Surah Al-A'raf 7:34]

Jadi,ironinya disini ialah Hari Kiamat tu memang wujud..Dan tidak diketahui bila masanya kecuali Allah s.w.t..Namun terdapat beberapa petanda yang menunjukkan tibanya Hari Kiamat itu..Dan petanda itu ada 2 macam iaitu petanda kecil dan juga petanda besar..

PETANDA KECIL..

Ia merupakan petanda awal daripada petanda2 besar..Ini bermakna petanda ini akan berlaku dan terletaknya sebelum berlakunya petanda yang besar..

Dan terletaknya petanda kecil ini pada 3 keadaan iaitu : 

MASA LALU 
Antara petanda kecil yang terjadi pada waktu dahulu atau masa lalu ialah : 
  • Diutuskan Rasulullah s.a.w..
  • Peristiwa terbelahnya bulan..
SEKARANG
Antara petanda kecil yang akan berlaku pada masa sekarang ialah :
  • Ramainya perempuan dan kurangnya lelaki..
  • Matinya ulama'..
  • Pemerintahan bukan dari ahlinya..
AKAN DATANG
Antara petanda kecil yang akan berlaku pada masa akan datang ialah :
  • Pembunuhan orang Yahudi..
  • Wujudnya Imam Mahadi..


PETANDA BESAR..

Petanda besar ini pula akan terjadi sebaik sahaja berlakunya tanda2 kecil yang diatas..Dan ini menunjukkan bahawa Hari Kiamat telah hampir..

Antara petanda2 besar itu ialah : 
  • Wujudnya Dajjal..
  • Turunnya Nabi Isa a.s..
  • Keluarnya Ya'juj dan Ma'juj..
  • Gempa bumi pertama..
  • Gempa bumi kedua..
  • Gempa bumi ketiga..
  • Wujudnya Dabbah..
  • Terjadinya kabut..
  • Terbitnya matahari dari barat..
  • Keluarnya api dari dalam bumi..
Dan apabila terkeluar sahaja api dari perut bumi,akan berlakulah 3 tiupan sangkakala..
  • Sangkakala pertama : Tiupan yang mematikan..
  • Sangkakala kedua : Tiupan yang kuat ibarat petir..
  • Sangkakala ketiga : Tiupan kebangkitan di hadapan Tuhan sekalian 'alam..
Dalam pada semua yang ada di bumi ini binasa sewaktu tiupan sangkakala pertama,ada beberapa makhluk yang dikecualikan daripada tiupan yang menakutkan itu..Antaranya ialah :
  • 'Arasy..
  • Kursi..
  • 'Alam..
  • Syurga..
  • Neraka..
  • Ruh..
  • Orang Kafir..
  • Malaikat..
  • Matahari..
  • Bulan..
Sewaktu tiupan sangkakala kedua juga terdapat pengecualian pembinasaan terhadap beberapa makhlukNya iaitu :
  • 'Arasy..
  • Kursi..
  • 'Alam..
  • Syurga..
  • Neraka..
  • Titian Sirat..
  • Neraca Timbangan Amal (Mizan)..
  • Bulan..
  • Matahari..
  • Ruh..
Sehinggalah tibanya Hari Kiamat..Hanya 6 benda sahaja yang kekal wujud ketika itu iaitu :
  • Kauthar..
  • Titian Sirat..
  • Mushaf..
  • Neraca Timbangan Amal (Mizan)..
  • Neraka..
  • Syurga..
Dan terdapat beberapa pembahagian makhluk di padang mahsyar itu nanti..
  • Golongan yang memasuki syurga tanpa hisab..
  • Golongan yang dihumbankan keneraka jahannam tanpa hisab..
  • Golongan yang dihisab dengan neraca amal mereka..

Dan pengakhiran daripada semua itu sudah tentulah SYURGA dan NERAKA..
Barangsiapa yang memasuki Syurga maka kebahagiaan dan keberuntunganlah baginya..
Dan barangsiapa yang memasuki Neraka maka penderitaan dan kepedihan siksaan azablah baginya..

Jadi..Sudah jelas ke semua???Ini cuma sekadar perkongsian daripada saya yang masih belajar dan mengkaji..Semoga sedikit sebanyak kita dapat mengambil iktibar dan pengajaran untuk diri kita..Selagi masa itu belum tiba,cubalah kita memperbaiki dan menambah amalan kita agar ia mampu menjadi bekal untuk ke negeri MAHSYAR nanti..

Wallahu A'lam..

~Ya Allah..Permudahkanlah urusan kami di akhirat kelak..Aamiin Ya Rabbal 'Alamin..



Sunday, June 9, 2013

LANGKAH PERTAMA DALAM SEMESTER SOIFI...

Bismillah..

Assalamualaikum w.b.t..

~ 9 JUN 2013 ~




Hari nie merupakan hari pertama aku menjejakkan kaki  ke Jami'ah untuk semester Soifi nie..

'Erm,dah pukul 8 pagi tapi kenapa sunyi sepi jerk nie?'Hatiku bermonolog sendiri..

Pelik sebenarnya..Biasanya pasti dah bersimpang siur jalan nie dengan pelajar2 yang ingin ke Dewan Kuliah masing-masing..'Hari pertama kot..'

Tapi alhamdulillah juga lah..Bukan apa..Terasa tenang jerk dada dan fikiranku hari nie..Cuaca pun tak berapa nak panas sangat hari nie walaupun dah masuk Musim Panas..Ditambah pula dengan angin yang sepoi2 kencang nak syahid nie..Menyebabkan hari nie terasa damai sekali dari hiruk pikuk pelajar2..

'Alangkah tenangnya hari ini Ya Allah..Setenang kolam hatiku pada kala ini..'Hatiku terus sahaja melontarkan rasa..

Bosan pulak rasanya bila jalan sorang2 nie..Haih,sabar je lah..Biasenye ada Hanifah yang boleh jadi teman aku berbual..Nie bila dia balik Malaysia,berbual sorang2 lah aku jawapnya..Gee pulak tiba2 je tak jadi nak perji Jami'ah saing aku..Padahal semalam dia yang beria2 setuju nak pergi saing..

Tiba2 teringat kata2 Gee semalam.."Esok nak pergi Jami'ah calling2 tau.."

Yelah tu...Tup2 pagi tadi dia call sebab tak jadi nak pergi saing Aku..Hurm,bertuah punya kawan..Nasiblah kau kawan aku Gee oi..kalau tak..Tak tau lah aku nak kata apa..

Tiba sahaja di pintu besar Dewan kuliah,mulutku pantas mengucapkan Basmalah lalu mula melangkah masuk..Langkah pertamaku yang terjejak di Dewan Kuliah Syari'ah diiringi dengan bisikan hatiku lagi..'Selamat kembali untuk menuntut ilmu Allah..Ikhlaskan hati ye Nadia..'Ye!Aku mesti lebih fokus untuk semester kali ini..Semoga ilmuNya itu akan menjadi milikku..Dan ilmu yang bakal aku perolehi ini akan diberkati olehNya..Aamiin..

Sedang hatiku rancak memujiNya diatas ketenangan yang bertandang..Tiba2 mataku tertancap pada sekumpulan pelajar perempuan Arab yang sedang dok tergelak antara mereka..

'Apalah yang diorang gelakkan agaknya?'Hatiku melontar soalan..

Soalan tanpa jawapan mungkin..Ah,malaslah nak ambil pusing karenah diorang nie..Buat pening kepala jerk nanti..

Dalam ralit melayan perasaan yang sesak dengan kebisingan pelajar2 Arab tu,tiba2 aku disapa sekumpulan pelajar Arab dari jauh..Bibirku yang terasa bagai dipagut sesuatu terus sahaja tersenyum apabila melihatkan mereka berlari menghampiriku..Dalam ketawa sempat lagi tu nak lari2 untuk mengejar langkahku..

"Hai,ada2 aja lah mereka nie..Nak apa lah agaknya?"

Dalam bebel2 pun,aku berhentilah jugak..Mengenangkan mereka dah kejar aku tadi..kesian pulak..Ada ke patut main kejar2 dalam Jami'ah?Haih!Dah macam budak2 dah gayanya..Hehehe..

Hanya seorang sahaja diantara mereka yang ramah bertanya itu dan ini..Mulanya cuma bertanya khabar..tapi yang peliknya,bila aku jawab mereka tiba2 terdiam then ketawa..

'Hai,apa pula lah kali nie..Pelik2 je lah perangai mereka nie'Aku cuma menuturkan rasa di dalam hati sahaja..

Tak sempat nak habiskan ketawa tiba2 dia bercakap,"Quayis...Enti quayis.."

Aku yang dengar nie pulak yang  terdiam..Ceh! ingatkan apa lah tadi..

'Apa ingat bahasa ammi jordan orang Malaysia nie teruk sangat ke hah?'Jerkahku dalam hati..Tak puas hati lah kononnya..Tapi memang betul pun..Aku pun baru bertatih nak cakap bahasa ammi mereka nie..Bukan senang nak faham and nak cakap dalam bahasa pasar mereka nie dalam waktu yang singkat..Ambil masa lama tu..Dah lah bahasa dia jauh dari bahasa asal..Huih,memang jenuh la kan..tapi kalau dah biasa cakap,macam tak nak berhenti je nanti..Hehehe..Hai,sabar je la dengan kerenah mereka nie..

Tak cukup dengan tu,mereka tanya lagi aku tentang asal usul aku..Apa pandangan aku tentang negara dia..Sehinggalah tentang Doktor2 yang mengajar kat sini..Hah,macam2 lah..Dalam hatiku terdetik lagi,'Haih,ramah betullah mereka nie..'

Dalam diam aku terfikir sendiri..Bilalah agaknya aku akan jadi peramah dengan pelajar2 Arab nie sebagaimana mereka nie ramah bertanya itu dan ini tanpa mengira siapa..

Huh!Hatiku mengeluh lagi..Bilalah perasaan malu nie nak hilang agaknya ye???Teringin rasanya hati nie nak mencontohi Saidina Uthman Bin 'Affan r.a dalam mengatasi sifat malu nie..Kadang2 aku sendiri pun pelik kenapalah aku nie pemalu sangat dengan orang???Bukannya mereka makan aku pun..Tapi tu lah..Perangai dari kecik kan..Tapi kalau dah kenal,mulut nie pan dai pulak tak nak berenti bercakapnya..Hehehe..

Tapi tu lah..Aku kagum dengan semangat yang ada dalam diri Saidina Uthman nie..Beliau nie dah lah memang terkenal dengan sifat pemalu dalam kalangan para sahabat..Tapi dirobohkannya tembok malu itu demi ilmu dan ummah..Itu yang menaikkan beliau sehingga mampu menjadi khalifah ke-3 selepas kewafatan Saidina Umar..

~Ya Allah,kau berilah kekuatanku untuk merubah diriku ini demi ilmuMu dan ummat manusia ya Allah..Semoga langkahku pada hari ini diiringi rahmat dan redhaMu ya Allah..Aamiin...~


Tuesday, April 16, 2013

KEKABURAN MERENTAS WAKTU...

Bismillah..

Assalamualaikum w.b.t..





Kekaburan,
 Pandangan mata yang tidak kelihatan,
Namun pasti tertusuk bila kesalahan,
Andai hati dalam kesamaran.

Dunia yang fana' ini,
Menjadi garisan fatrah kehidupan insani,
Yang ralit mengemudi bahtera duniawi,
Dinaungi secebis sinar yang menerangi.

Kala hati bermonolog sepi,
Tiada siapa mampu menerokai,
Lipatan peristiwa yang tersemat rapi,
Terhijab tanpa dapat disingkap lagi.

Hidup ini bagaikan piring,
Perlukan cawan untuk diiring,
Dalam indahnya langkah yang seiring,
Di setiap suaan yang makin mengering.

Lazimnya fitrah pengembara duniawi,
Penuh dengan lipatan peristiwa di sana sini,
Tidak pernah lekang dari onak dan duri,
Dalam mentafsir hakikat yang diimani.

Masa yang merentas waktu,
Seiring jalan yang dituju,
Menuju destinasi yang satu,
Hanya untuk ke syurga-Mu,
Ya Tuhan ku..

Saturday, April 13, 2013

INTERAKSI DENGAN AL-QURAN (IDQ)...

Bismillah...

Assalamualaikum w.b.t..




Urm,cuba kita reflect balik diri kita..Pernah tak kita berinteraksi dengan Al-Quran?

Atau hanya sekadar membaca tanpa memahami dan mengkaji...

Mungkin ada yang tidak faham dengan tajuk ni.Dan mungkin juga ada yang tertanya-tanya.Apa itu interaksi dengan Al-Quran?Cakap dengan Al-Quran ke?Atau mungkin ada yang terfikir.Al-Quran boleh cakap ke?Macam mana nak interaksi dengan Al-Quran?Logik ke cakap dengan Al-Quran?

Mesti semua pelik dengan tajuk ni kan.Tapi itulah hakikat yang saya nak cakap kat sini.Memang Al-Quran itu tidak boleh berkata-kata,tapi Al-Quran itu kan surat cinta Allah pada kita.Adakah kita tidak teringin untuk memahami setiap patah kata-kata yang Allah lontarkan pada kita?Sebenarnya jika kita memahami dan meneliti dengan terperinci,kita akan mendapati isi Al-Quran itu penuh dengan dialog-dialog Allah pada kita.Di dalamnya juga terselit kisah-kisah silam,suasana zaman sekarang dan peristiwa yang pasti berlaku pada masa akan datang.Pendek kata,kesemua message disampaikan olehNya melalui 'Love Latter'Nya itu.

Hanya terpulang pada kita sama ada ingin menghiraukannya atau ingin mengabaikannya.Namun,ketahuilah bahawa sesungguhnya kalamNya itu adalah kalam yang mulia dan akan terpelihara hingga ke hari kiamat.

Jadi,sebelum ianya diangkat ke langit,marilah sama-sama kita berinteraksi dengan Al-Quran agar kita faham apa yang ingin Allah sampaikan pada kita dalam 'Love Latter'Nya itu.

Tapi bagaimana kita ingin berinteraksi dengan Al-Quran sedangkan kita tidak tahu bagaimana caranya kan.

Jadi,di sini saya akan share 5 cara untuk kita berinteraksi dengan Al-Quran :

1.MERASAI AL-QURAN DITURUNKAN UNTUK DIRI KITA..

  Cuba perhatikan ayat pertama Surah Al-Ikhlas yang maksudnya,"Katakanlah (wahai Muhammad),Dialah Allah yang Maha Esa."Tetapi hakikatnya perkataan 'Qul' itu adalah kata arahan untuk  'katakanlah'.Dan ianya ditujukan buat kita,sebagai hamba Allah.Bukan untuk Nabi Muhammad sahaja.Bezanya kalau sesuatu arahan itu ditujukan kepada Rasulullah,walaupun berulang kali kita membaca Surah Al-Ikhlas ini,kita tidak akan terasa terpanggil untuk berbuat apa yang Allah suruh.Kita akan merasakan bahawa Surah dan arahan itu adalah untuk Rasulullah,bukan untuk kita.

  Lain kesannya apabila kita merasai bahawa Allah mengatakan :"katakanlah (wahai Sufian,wahai Alyah,wahai Sumaiyyah)."Maka dengan itu Sufian,Alyah dan Sumaiyyah akan terpanggil untuk berbuat apa yang Allah suruh dalam Al-Quran itu.

  Seperti kita membaca surat cinta kepunyaan orang lain.Tentu kita tidak akan terkesan kerana nama kita tiada di situ.Tapi jika surat itu ditujukan buat kita,walaupun perkataannya tidaklah indah atau berbunga sekalipun,tentu perasaan indah dan berbunga-bunga akan menguasai seluruh hati kita.Begitu jualah dengan Al-Quran.Ia merupakan surat cinta Allah kepada kita sebagai hambaNya.Rasailah Allah sedang berbicara dengan kita secara langsung di saat kita melantunkan ayat-ayatNya.

2.MEMAHAMI BAHASA ARAB..

  Keindahan bahasa Arab hanya dapat dimaknai oleh orang yang memahaminya sahaja.Begitu juga dengan keasyikan dan ke'zouq'an dalam merasai setiap butir kalimah ayat Al-Quran hanya dapat dirasai dengan magetahui makna setiap kalimah tersebut.Bagi mereka yang memahami bahasa Arab,tentu sekali akan bersetuju bahawa tidak semua ayat diterjemahkan dengan tepat sekali.Malah kadang kala terjemahan tersebut membawa makna yang amat berbeza dari yang sepatutnya.Ini kerana pemahaman sebenar pada setiap ayat Allah itu hanya boleh difahami dan dihuraikan dalam bahasa Arab.

  Sebagai contoh,bahasa Arab mempunyai intonasi tersendiri hanya dengan mengetahui maksud perkataan.Sedangkan bahasa Melayu tidak begitu.

  Jika kita sebut perkataan 'makanlah',ianya tidak membawa kepada intonasi marah,sindir ataupun pelawa.Tetapi jika kita menterjemahkannya daripada perkataan Arab,ianya boleh terus membawa makna intonasi marah,sindir ataupun pelawa.Begitu juga kata perbuatan (fi'il).Hanya dengan satu kalimah sahaja,kita  boleh mengetahui sama ada perbuatan itu telah berlaku,sedang berlaku ataupun akan berlaku.Sebaliknya bahasa Melayu tidak begitu.Ia memiliki sifat masa.Maka,jelaslah bahawasanya terjemahan ayat Al-Quran ke dalam bahasa Melayu adalah tidak tepat dan tidak mampu menggambarkan maksud sebenar ayat tersebut.

3.MENGHAYATI AL-QURAN DENGAN HATI..

  Otak kita tidak mampu untuk merasa apa-apa.

  Begitulah jika kita membaca Al-Quran  dengan otak dan akal.Ia tidak akan memberi kesan pada hati dan jiwa kita.Jika memberi kesan pun tidak,meresap apatah lagi.Memang Al-Quran tidak akan meresaplah dalam hati dan jiwa kita.Akhirnya,jadilah kita orang yang membaca Al-Quran namun tidak mendapat kesan dan manfaat daripada Al-Quran itu.

  Apa-apa yang dibaca dengan otak,ianya tidak akan memberi kesan pada hati dan perasaan.Tetapi sebaliknya jika Al-Quran itu dibaca dengan hati dan perasaan,ia akan menjadikan seseorang itu menangis,gembira dan marah.

  Begitulah Al-Quran.Ia mampu membuatkan kita menangis,merasa insaf,seterusnya akan memberi kesan pada jiwa dan perbuatan kita apabila kita membacanya dengan hati.Rasailah setiap bait dan kalimah dari Al-Quran dengan sepenuh perasaan sepertimana kita menghayati drama filem ataupun novel cinta.Dan kalau boleh,lebih dari itu.

  Mengesani hati hingga membawa ekspresi pada diri yang mampu menyemarakkan rasa insaf dan cinta kepada Allah.

4.MEMAHAMI SEBAB DAN LATAR BELAKANG PENURUNAN AYAT AL-QURAN..

  Ini beramakna kita perlu tahu 'asbab nuzul' (sebab-sebab turunnya sesuatu ayat).Tetapi tidak semua ayat ada 'asbab nuzul'nya.Ada ayat yang diturunkan mengikut suasana dan keadaan wahyu itu diturunkan.Ini dipanggil suasana 'mulabasat' al-Quran.

  Al-Quran diturunkan selama 23 tahun.13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah.Setiap tahun apabila turunnya wahyu,ia mengikut suasana dan keadaan di Mekah atau Madinah itu sendiri.

  Di zaman Mekah sendiri,terdapat 3 fasa penurunan ayat mengikut keadaan orang Muslim ketika itu.Fasa itu adalah fasa dakwah secara sembunyi,fasa dakwah secara terbuka dan juga fasa sebelum hijrah.Disebabkan suasana dan keadaan berbeza,maka penurunan setiap ayat adalah berbeza mengikut keadaan di waktu itu.

  Dengan itu,kita akan lebih menghayati dan merasai kesannya apabila membaca Al-Quran setelah kita mengetahui 'mulabasat' ayat tersebut.

  Di sinilah pentingnya membaca sirah Nabi S.A.W.Dengan mengetahui sirah sahaja kita dapat memahami jalan cerita setiap ayat Al-Quran itu diturunkan.Barulah hati kita akan lebih terkesan.

5.MENYEDARI SIAPA KITA..

  Apabila kita sudah menyedari diri kita sebagai hamba Allah dan khalifahNya,kita akan lebih menghargai setiap ayat-ayat Allah ini.

  Walaupun kita seorang doktor,jurutera mahupun usahawan,tugas kita tetap sebagai seorang Muslim dan da'ie di jalan Allah.Maka,kita akan menghargai setiap bait-bait kalam Allah yang menyejukkan hati kita di saat kita kesedihan,yang membakar semangat di saat kelemahan,juga menundukkan perasaan kita di saat kemenangan telah pun dekat.Semua peristiwa ini tidak akan mampu untuk kita rasai melainkan kita hidup sepertimana hidupnya Rasulullah;sebagai hamba dan khalifahNya.

Setiap butiran kalamNya amat mengesani hati dan membekas di jiwa ini.Moga kita dapat mempraktikkannya  dalam kehidupan kita sehari-hari dalam mengemaskan cintaNya di sanubari seiring mencari redha Ilahi...
In Sya' Allah...

Wallahu a'lam..

~MESTI CUBA,BARU BOLEH PERCAYA!~




DATANGNYA WAHYU DARI TUHAN...
WAHYU ITU NAMANYA AL-QURAN...
ORANG ARAB BERUBAH KERANA AL-QURAN...
PARA SAHABAT JUGA BERUBAH KERANA AL-QURAN...
DAN MANUSIA JUGA BERUBAH KERANA AL-QURAN...
KALAU ORANG DAHULU HEBAT KERANA AL-QURAN...
MAKA,KITA JUGA PERLU MENJADI HEBAT DENGAN AL-QURAN...




Rujukan : Gen Q & Al-Quran..