Sunday, June 22, 2014

RINDU YANG MENGGEBU..

Bismillah..

Assalamualaikum w.b.t..

3:47 a.m..

Berkumandang azan pertama di suluruh pelosok Jordan. Tujuannya tidak lain hanyalah ingin mengejutkan seluruh khalifah untuk bersedia sujud menghadap yang Esa. Tidak ku nafikan, subuh awal pada semester kali ini. Pukul 5 pagi bagaikan pukul 7 pagi di Malaysia. Sedangkan malamnya terlalu lewat. Tompokan awan biru masih menghiasi langit saat jarum jam telah menginjak ke angka 8 malam. Inilah yang dikatakan kuasa Allah.

FirmanNya di dalam surah Ar-Rahman :

" Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang ingin kamu dustakan.."

Subuh yang tenang dan harmoni. Dengan kokokan ayam putih yang berkeliaran. Di sambut dengan kicauan burung yang bersahut-sahutan. Terasa seperti berada di kampung halaman tercinta. Namun, ada kelainan pada pagi ini. Semua pintu bilik tertutup rapat dalam kesamaran cahaya pada pagi ini.

Bangun pada waktu pagi umpama menjemput rezki di pintu rumah. Rezki itu umpama tetamu. Andai ada tetamu yang datang bertandang ke rumah tatkala kita sedang tidur atau tiada di rumah, mereka pasti akan berlalu pergi. Betul tidak? Sebab itu dulu umi selalu pesan agar tidak tidur selepas waktu subuh. Ia umpama membiarkan rezki kita berlalu pergi.

6:00 a.m..

Seusai solat dhuha, aku berjalan ke seluruh pelosok rumah. Terasa benar sunyinya. Bermula hari ini, hanya 2 orang yang akan menghuni Insyirah Village ni. Hanya aku dan Sara. Kepergian mereka benar-benar meragut keriangan dan gelak tawa di rumah ini. Meski hanya tidak sampai 24 jam berpisah, hati telah membisik rindu. Rindu dengan keletah mereka. Rindu dengan keriuhan bayt tatkala semua berkumpul. Rindu saat-saat bersama semua.

Ternyata hidup berdua tidaklah segembira yang disangka. Saat inilah juga rindu suara-suara yang memberi kekuatan tatkala hati terasa rapuh dengan ujian. Dan tika inilah juga terasa dunia ini kosong tanpa usikan dan sakatan. Bagai sebahagian jasad dipisah jauh. Barulah terasa nikmat ukhuwah dan bersahabat.

8:00 a.m..

Pintu bilik ku kuak sedikit. Melihat sekitar ruang kamar yang ditinggal sebelum perlahan-lahan kaki melangkah masuk. Katil besi milik Shaf menjadi tempat aku melabuhkan duduk. Memerhati sekeliling. Sungguh. Rindu itu bertamu lagi. Dengan pantas sliding window ku buka. Membiarkan udara pagi menerjah masuk ke bilik yang sudah sehari kosong ini. Mengemas dan menyapu menjadi aktivitiku di pagi sabtu ni.

11:00 a.m..

Mata ku kedip-kedipkan beberapa kali sambil tangan menutup kuap. Allah. Bila masanya aku tertidur ni. Ku angkat tangan kiriku. Masih memegang penyapu. Aku tertidur sewaktu menyapu bilik Shaf. Pelik. Macam mana aku boleh tertidur. Bukannya tadi aku menyapu ke. Hahaha. Aku terus bangun dan menyiapkan saki baki sapuan yang terbengkalai tadi. Tulah. Rindu punya pasal. Tak menyempat nak siapkan sapu dah tertidur.

2:00 p.m..

Ayam dan sayur aku keluarkan dari peti sejuk. Tangan ligat mencuci beras di dalam periuk. Buat pertama kalinya aku masak sikit selama aku menetap di Jordan. Ayam masak merah menjadi menu pilihan aku pada petang ini. Namun, aku terasa janggal. Hari ini, tiada siapa yang akan menjenguk aku di dapur. Tiada lagi ungkapan "Athira, masak apa tu?". Tiada lagi jeritan "Wah! Sedapnye bau..". Dan tiada lagi orang yang akan masuk ke dapur untuk menyebuk-nyebuk menolong aku memasak.

6:00 p.m..

Safrah ku bentang. Nasi dan lauk ku ceduk perlahan-lahan dan ku tuang di atas safrah. Sara hanya memandang aku tak berkelip.
" Susah kita nak dating berdua ni. Hari ni kita dating berdua ea Sara..". Sara hanya gelak mendengar kata-kata ku.
Rindu untuk makan beramai-ramai di dalam 1 safrah di atas meja jepun.
"Makan apa la agaknya diorang kan Sara."
"Ala kak. Diorang punya makanan mesti lagi sedap-sedap kak. Makanan mak masak pulak tu. Huhuhu. Akak, saya nak balik Malaysia..". Ah sudah. Time makan ni la jugak nak teringat Malaysia.
"La. Menangis pulak dia. Bukannya tak balik. Balik juga lepas soifi nanti kan. Nanti tinggal la akak sorang-sorang kat sini. "
"Ala. Akak, sorry la. Jangan la touching-touching. Jom makan kak."
Makan malam kali ini tidak seceria selalu. Almaklum la. Tinggal berdua. Ketawa pun tak semeriah tinggal berlapan. Sungguh! Aku rindu mereka.

9:30 p.m..

Sepanjang hari ini aku terbayang dan terkenangkan mereka yang jauh nun di Malaysia sana. Apabila aku solat dan membaca Al-Quran, sedikit sebanyak perasaan rindu itu reda sebentar. Hanya doa yang mampu ku tembakkan pada mereka agar sentiasa dilindungi oleh-Nya.

12:00 a.m

Tatkala tabir malam menjelma menyingkap takdir kesiangan, langit kelihatan gelap pekat. Biah ku rasa semakin sepi. Sesepi ruang kamarku saat ini. Katil di sebelah kulihat kosong tanpa penghuni. Sara sudah lama terlena di kamar sebelah. Mungkin seharian ke kuliah dan berjalan dalam keadaan soifi sebegini membuatkannya cepat letih dan penat. Ah, biarlah dia tidur. Malas ingin mengganggu. Fikiranku terus menerawang mengimbas saat-saat mereka berada di sisi. Memutar semula memori dan nostalgia semalam. Doa tak putus-putus ku kirimkan buat keluarga dan sahabatku di Malaysia. Semoga Allah menjagakan mereka untuk ku. Biar kasih dan sayang ku pada mereka terus mekar dalam jambangan rindu yang menggebu.

# Selamat Malam Sahabat..Maafkan aku.. =(

Saturday, April 12, 2014

DETIK 2 INDAH BERSAMA...

Bismillah..

Assalamualaikum w.b.t..

     Alhamdulillah. Syukur. Itulah kalimah indah yang mampu ku ungkapkan saat ini. Sesungguhnya, tiadalah daya dan upayaku tanpa izinNya. Sekian lama jemari ini jauh dari papan kekunci, selama itulah juga dinding ini kosong dan sunyi dari coretan dunia. Sepi tanpa kata. Gelap tanpa cahaya. Bagai rumah usang yang terbiar tanpa penjaga. Berhabuk dan bersawang.

     Masa ku rasa begitu pantas berlalu membelah waktu. Sehingga tidak terasa nikmat yang melimpah ruah ini. Saat nikmat sihat ditarik sedikit demi sedikit di samping masa yang semakin tidak mencukupi, baru ku sedar betapa berharganya nikmat sihat dan waktu lapang itu.

     Semakin hari semakin dewasa. Dan dengan itu, bertambahlah komitmen dan taklifat buat diri dari hari ke hari. Tanggungjawab yang diamanahkan bagai bom yang tertanam di bumi, sedia meletup pada bila-bila masa sahaja bilamana kaki tersilap langkah dan tingkah. Memerlukan fokus dan strategi. Juga idea dan kolaborasi. Mungkin juga memerlukan motivasi dan inspirasi. Agar hamasah terus memuncak tinggi. Biar ukhuwah tidak diketepi. Asal ilmu tidak dibatasi. Dalam mencipta revolusi seiring arus globalisasi. Demi bangsa dan ummat ini.

     Bukan mudah. Bahkan ianya susah dan payah. Perlu kekuatan dan mujahadah. Yang penting, yakin pada diri. Percaya pada takdir Ilahi. In sya Allah, mampu itu akan hadir sendiri. Memang. Tiada jalan mudah menuju kejayaan dan tiada jalan pintas menuju ke syurga. Kecuali dengan usaha, doa dan tawakal kepadaNya.

     Namun, saat taklifat itu tersandang di pundakku, aku bersyukur mereka tidak meninggalkan aku sendirian. Bahkan mereka membawaku bersama-sama mereka. Bersama membangkitkan iman. Bersama mencipta keserasian. Bersama mengikat persaudaraan. Bersama menimba pengalaman. Bersama membina kekuatan. Juga bersama mengukir kenangan. Tanpa rasa kekok. Senyuman manis sentiasa terukir di setiap wajah. Umpama satu keluarga. Itulah mereka.


Gambar sehari sebelum program 'Warung Kiter' .. [110414]

     Moga ikatan persahabatan dan persaudaraan ini terus terpatri meski kaki yang diatur tidak melangkah ke destinasi yang sama. Mereka memang sangat owesome.

#Team BEK 13/14 - MU, Jordan

Saturday, January 25, 2014

BUKAN BERUBAH... CUMA KEMBALI KEPADA FITRAH...

Bismillah..

Assalamualaikum w.b.t..



Di suatu petang yang tenang dan mendamaikan..

"Aku tengok kau dah banyak berubah sekarang.. Sejak bila kau berubah ni ? Dulu kau tak macam ni pun.. Kau sekarang dah lain.. Lain sangat.. Dengan baju labuh & tudung labuh bagai.. Berstoking lagi.. Siap ajak aku solat2 & dengar ceramah agama semua ni.. Eiii.. Apa ni wei.. Pelik la kau ni.. Aku rasa macam aku dah tak kenal kau pun ada.. "

Allah..

Mengapa perlu dipertikaikan perubahan itu ? Apakah kau tak berasa gembira dengan perubahan sahabatmu ? Adakah waktu lampau yang penuh jahiliyyah itu yang kau agung2 kan wahai sahabat ? Adakah kau yakin cara hidup jahiliyyah itu mampu mendekatkan kita kepada Allah ? Adakah kau pasti pelayaran hidup yang penuh dengan hiburan dan dunia itu mampu menarik kita menuju syurgaNya ? Tak sahabat.. Tidak sekali2.. Engkau sendiri pun tak yakin kan..

Sedarkah kau sahabat ? Sebenarnya kau yang telah berubah.. Berubah dari fitrah manusia.. Berubah dari fitrah seorang hamba.. Malah kau yang berpaling dari lapangan hidayah Allah.. Bahkan kau lari dari rahmat dan redha Allah.. Sungguh.. Lorong2 gelap itu telah melucutkan pakaian imanmu sedikit demi sedikit.. Semakin hari semakin kau rasa hidupmu bebas melakukan apa saja adanya.. Berbekal bisikan2 halus syaitan durjana, semakin hari kau semakin jauh dari landasanNya.. Allah sudah kau lupa.. Iman entah kau campak di mana.. Halal dan haram kau pukul rata.. Dosa dan pahala hanya kau pandang sebelah mata.. Yang ada hanya nafsu serakah semata.. Memandu hidup tanpa matlamat dan arah tujuan yang nyata..

Tetapi sahabat, jangan kau risau.. Hari ini masih ada.. Masih belum terlambat untukmu kembali ke pangkal jalan.. Pintu taubat masih terbuka luas untukmu.. Aku tahu kau takut.. Aku tahu kau malu.. Tetapi, ingatlah ! Rahmat Allah itu Maha Luas ke atas hamba2Nya.. Walau dosamu seluas langit dan bumi sekalipun, InsyaAllah Dia akan mengampunkan semuanya andai kau bertaubat dan kembali kepadaNya.. Itu janjiNya dalam surah al-Zumar.. Jadi, janganlah kau malu untuk bertaubat dan meminta keampunan dariNya.. Sungguh ! Aku juga sepertimu.. Masih merangkak mencari cahaya.. Masih mengembara mengenal dunia.. Juga masih mengemis cinta Yang Esa..

Duhai sahabat.. Kembalilah kepada fitrahmu.. Kembalilah ke pangkuan penciptamu.. InsyaAllah hidupmu akan lebih tenang dan bahagia.. Ingatlah ! Selagi waktu ini masih tersisa.. Selagi rohmu masih di jasad, tiada istilah terlambat untuk bertaubat.. Jangan nanti kau meminta kepada Tuhanmu supaya kau dikembalikan semula ke dunia.. Untuk bertaubat dan berbuat kebaikan.. Saat itu, segala2nya hanya sia2..

"Sungguh ! Aku tak berubah.. Aku cuma kembali kepada fitrah.."


Sungguh !
Fitrah manusia itu tidak dapat diubah..
Walaupun seluruh manusia cuba mengubahnya..
Dia akan tetap kembali kepada fitrah asalnya..
Saat Allah berkehendakkan kebaikan kepada hambaNya..
Nescaya Dia akan memberikan kefahaman dalam agamaNya..


Wallahu a'lam..

Sunday, January 5, 2014

AHMAD AMMAR - KILAUAN BINTANG2 SYURGA...

Bismillah..

Assalamualaikum w.b.t..




Biar darah jadi baja..

Biar tulangku menjadi tunggaknya..

Islam tetap di puncak..

Biar imanku terus melonjak..

Aku tegar..

Aku rela..

Sekalipun aku dihenyak..

Burung-burung hijau terbang..

Ruhku tenang melayang..

Syurga firdausi menungguku datang..

Bidadari pun tersenyum..

Merindu cumbu harum..

Disaat cinta mekarku bercantum..

Pergiku tak kembali..

Kerana memburu nikmat syurgawi..

Itulah yang hakiki..

Itu yang abadi..

Dan ku tidak mati..

Bahkan hidup dengan rezeki Ilahi..

Kejayaan..

Kebahagiaan..

Bintang syuhada' yang dirindukan..

Datang..

Datanglah wahai syahid..

Dambaan mujahid..

Aku relakan sakit yang sedikit..

Derita hanya sementara..

Biar aku nestapa..

Demi bahagia untuk selamanya..

[UNIC feat Raqib Majid]

Friday, January 3, 2014

MASIH KECEWA @ TERUS BERHARAP..

Bismillah..

Assalamualaikum w.b.t..



Roti bakar di tangan digigit dan dikunyah perlahan..Riak wajahnya kelihatan keruh..Sepertinya dia sedang memikirkan sesuatu..Ya ! Sesuatu yang Nura sendiri tidak pasti..Matanya bagai menerobos ke sebalik dinding..Menungnya kelihatan jauh sekali merentas sempadan Jordan..Entah apa yang difikirkan..Nura sendiri tak tahu..

Jika tadi, duduknya di atas pangkin kecil di sudut dapur..Sekarang, duduknya berkalih sedikit hampir dengan Nura..Cuma simpuhnya hanya di hujung meja..Masih tiada kata seperti tadi..Matanya menekur meja sambil mulutnya terus mengunyah..

'Entah apa la yang kaq Sya fikirkan agaknya ni?' Detik hati Nura sendiri..

Tanpa menghiraukan Syaza, mee maggie yang masih berasap itu Nura suap ke dalam mulut..Macam orang kelaparan je gayanya..Padahal perutnya telah terisi dengan roti bakar buatan Syaza tadi..

"Auuu,panaaas.." Nura terjerit kecil..Terasa panasnya menggigit-gigit lidah..

'Ha,tulah..Tak sabar-sabar nak makan..Kan dah melecur..Hah, padan la muka..' Hati cepat sahaja menempelak..

Syaza memandang Nura sekilas.."Memang la panas..Baru keluar dari periuk kan.." Ujar Syaza selamba..

Nura hanya tersengeh mendengar kata-kata kakak serumahnya itu..

'Terkena sudah' Bisik hatinya..

Sambil makan, Nura memandang ke arah Syaza..Dia masih seperti tadi..Diam dan terus makan..Tapi, Nura perasan..Sesekali Syaza menoleh ke arahnya..Lantas Nura bertanya.. "Akaq nak rasa ke?" Sambil mangkuk maggienya laju di suakan di hadapan Syaza..

"Eh,tak pe..awak makan la.."  Pantas Syaza menjawab..Tapi, ada nada serba salah di situ..

Nura cuba memancing Syaza dengan soalan yang sama untuk kali kedua dan ketiga..Namun hampa..Kakak serumahnya itu masih menjawab dengan jawapan yang sama..Tiba-tiba, salah seorang ahli bayt Nura masuk ke dapur..

 "Akaq, maggie dalam periuk tu boleh makan ke?" Tanya Sarah apabila terpandangkan periuk berisi maggie di atas dapur..

"Eh, boleh..Makanlah.." Nura menjawab pertanyaan Sarah dengan senyuman..

"Eh, ada lagi ke?" Tanya Syaza seolah-olah pelik..

"Iye lah kaq..Kalau saya tuang semua tadi, memang tak habis la jawabnya kakaq oi..kan saya dah makan akaq punya roti tadi..Tak larat lah kaq nak habiskan maggie tu..Kenapa? Akaq nak ke?" Balas Nura selamba..

"Erm, boleh ke?" Syaza meleret sengeh..

"La..Kenapa pulak tak boleh? Maggie tu kan dimasak untuk dimakan..Bukan untuk dibuat pekasam..Hahaha..Kaq Sya, kaq Sya..Kelakar la akaq ni.." Tergelak Nura dibuatnya dengan keletah kakak serumahnya itu..Haila..Macam-macam..

"Ala..Akaq lapar lagi.." Balas Syaza dengan nada sedih..Sambil itu, tangannya cepat mencapai periuk yang berisi maggie di atas dapur..

"Kalau akaq makan macam ni je boleh tak?" Aju Syaza sambil menunjukkan periuk berisi maggie dan senduk kepada Nura..

"Astaghfirullah al-'adzim..Ya Allah..Kaq Sya, jangan la buat benda pelik-pelik.." Nura yang terkejut dengan soalan Syaza terus menghabiskan saki baki kuah di dalam mangkuknya tadi..

"Akaq, nah! Makan pakai mangkuk saya ni.." Pantas Nura menghulur mangkuknya yang telah licin kepada Syaza..Syaza hanya tersengih memandang Nura..

Nura hanya memerhati kelakuan kakak serumahnya itu..Sebelum memasukkan maggie ke dalam mangkuk, sempat dia mengira bilangan lada yang ada..'Kaq Sya..Kaq Sya..' Bisik hatinya..

"La..Kakaq B punya lah banyak..Abang L cuma ada 1, 2, 3, 4 je.." Syaza sepertinya tidak berpuas hati..

Nura hanya tersenyum melihat Syaza..Tahu sangat dia tentang Syaza yang memang tak makan bawang tu..Tapi kalau ada lada, laju je dia makan..

"Dah nye memang saya letak kakak B lagi banyak daripada abang L..Memang la ada sikit je..Akaq ni pun.." Nura memberitahu selamba..

Syaza terus sahaja makan tanpa mempedulikan kata-kata Nura..Satu persatu bawang yang ada di ketepikan di hujung mangkuk..

"Haish! Akaq ni, hisap bawang pun macam hisap tulang la..Makan je la..Tak mati tak.." Nura sengaja menyakat Syaza..

"Akaq dah cuba la..Tapi tak boleh telan..Nak buat macam mana kan..Hehehe" Syaza hanya tersengih di akhir kata-katanya..

Sementara menunggu Syaza makan, Nura menghabiskan air nescafe di dalam cawannya..

"Awak.....Perlu ke kita mengharap?" Syaza bertanya tiba-tiba..Anak matanya tepat memandang ke arah Nura..Sudu di tangannya diletak di dalam mangkuk..Dan matanya kini di fokuskan pada Nura..Menginginkan jawapan darinya..

"Eh, of course la..Kenapa tanya?" Nura menjawab dengan semangat..Dia meletakkan cawan nescefe yang telah kosong di atas meja..

"Tapi, kan ada orang cakap..Jangan berharap..Nanti kecewa.." Syaza cuba membidas kata-kata Nura..

"Akaq, semua orang berhak untuk berharap dan semua orang boleh mengharap..Tapi, semua harapan tu mestilah bersandar hanya pada Allah.." Syaza hanya mengangguk2kan kepala mendengar bicara Nura..

"Erm, akaq ingat tak cerita pasal Kota Konstantinopel di Turki..Sekarang ni Istanbul..Kan kota tu gagal ditawan oleh orang Islam selama 13 tahun percubaan penaklukan dia..Akaq tau tak? Selama 13 tahun tu tentera Islam tak pernah mengeluh..Terus mengharap dan berdoa agar Islam tertegak di kota tu..Dan Alhamdulillah..Janji Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w itu terpatri pada zaman Sultan Muhammad Al-Fateh sebagaimana janji Rasulullah pada para sahabatnya..Rasulullah s.a.w pernah bersabda : "Sesungguhnya Kota Konstantinopel itu akan ditawan oleh seorang sultan sebaik2 sultan dan tenteranya adalah sebaik2 tentera.." Nura bercerita..Kebetulan tadi pagi dia ada menghadiri Usrah Madrasah Al-Fateh bersama Ustaz Sha'ari..Jadi sedikit sebanyak dia dapat berkongsi pengetahuan yang dia perolehi..Syaza hanya diam tidak berkutik..Tidak pula dia menjawab kembali..Mungkin dia cuba menghadam apa yang dikatakan Nura kepadanya..

Nura mencari kata-kata yang sesuai untuk di sampaikan kepada Syaza agar dia lebih faham bagaimana konsep pengharapan sebenar..

"Kaq Sya, akaq tau tak? Nabi Ibrahim pun berdoa kepada Allah memohon pertolongan dan bantuan dari Allah apabila baginda di campakkan ke dalam api yang menjulang2..Nabi Yunus yang ditelan ikan Nun pun berdoa selama 40 hari 40 malam untuk memohon pengampunan dosanya kerana lari dari kaumnya..Nabi Muhammad s.a.w sendiri pun memohon bantuan Allah ketika baginda ingin berhijrah ke Madinah dengan membaca sepotong ayat dari Surah Yaasin ke atas segumpal tanah untuk menghijab pandangan musuh..Itu adalah contoh pengharapan kaq..Pengharapan itu satu doa..Dan doa kepada Allah adalah sebaik2 pengharapan..Dan ingat! Doa bukan semestinya perlu mengangkat tangan baru dikira doa..Detikan hati juga sudah dikira doa tau.."

"Herm.." Hanya itu yang terkeluar dari ulas bibirnya..Syaza hanya menekur lantai..Tangannya di main2kan di atas karpet..Cuba menangkap setiap patah yang Nura lantunkan padanya..

"Tapi, bukan ke jodoh tu memang dah ada dan dah tertulis di Lauh Mahfuz? " Nura ditembak lagi dengan soalan setelah beberapa saat mereka mendiamkan diri..Mungkin Syaza belum yakin dengan jawapan Nura sebentar tadi..

"Akaq, jodoh tu memang dah tertulis..Tapi kita boleh mengharap jodoh yang terbaik..Ok..Let say..Akaq ada exam minggu lepas dan akaq akan dapat resultnya hari ni..Ok..Cuba akaq bagitau saya apa yang akaq nak dari result yang akan akaq dapat nanti walaupun akaq tau akaq jawab hari tu biasa2 je? Jujur ea..Hehehe.." Kali ni Nura cuba menggunakan analogi pula..

"Mestilah akaq nak dapat result yang bagus..Najah.." Syaza mendongakkan sikit kepalanya..Betul2 menghadap Nura..

"Ok..Lepastu, apa yang akaq akan buat sementara menunggu result tu keluar? " Nura masih bertanya lagi..Saja..Biar kakak serumahnya itu nampak dengan jelas apa yang ingin disampaikan..

"Mestilah akaq doa..Mudah2an keputusan akaq tu ok..heee.." Dahinya berkerut..Pelik dengan soalan Nura yang bertanya perihal imtihan padanya..

"Ha..Itulah sebenarnya yang saya nak bagitau akaq..Akaq nampak tak lagi? Walaupun kita dah tau sebelum ni kita jawab biasa2 je..Tapi, dalam masa sama mesti kita akan mengharapkan keputusan yang bagus kan..Kita mesti akan minta Allah bantu kita kan..Ha! Macam tu lah jugak dengan jodoh..Walaupun kita dah tau jodoh tu memang Allah dah tetapkan di Lauh Mahfuz sana, Tapi, tak salah kalau kita nak mengharapkan jodoh yang terbaik..Allah lagi suka ada..Sebab kita mengharap pada Dia.." Nura terdiam sebentar..Syaza juga turut sama diam..Mengiakan tidak..Menafikan pun tidak..

"Ok..Misal kata kalau kita dah doa, dah buat istikharah, dah minta pandangan ibu bapa, dah minta pandangan ustaz atau ustazah atau orang 'alim..Tapi, jodoh kita tidak sebaik yang diharapkan.. Itu maknanya Allah nak uji..Jika jadi macam tu, teruslah berdoa..Jangan diputuskan pengharapan pada Allah..Sebab time tu lah Allah nak tengok sebesar mana pengharapan dan pergantungan kita pada Dia..Mungkin suatu masa Allah akan balikkan hati dia untuk menjadi yang lebih baik untuk kita..Kita tak tau..Hati manusia ni Allah yang pegang..Bukan manusia kaq..Mungkin juga Allah hanya ingin menguji tahap kesabaran dan keimanan kita dengan ujian yang Dia beri sebelum mengurniakan orang yang terbaik buat kita..Kita tak tahu kaq..Kita tak tahu.."

Nura berhenti dari berkata2..Cuba bertenang dan bernafas semula..Susah rupanya ingin menerangkan..Wajah Syaza ditenung..Cuba melihat reaksi kakak serumahnya terhadap apa yang telah dia sampaikan..Ternyata Syaza hanya duduk berteleku seperti tadi..Cuba mencerna bait2 kata yang diterimanya mungkin..

'Mudah2an kaq Sya faham apa yang ingin aku sampaikan..' Hati kecil Nura berbisik sendiri..

"Akaq, kita merancang..Allah juga merancang..Tapi ingatlah..Allah lah jua sebaik2 perancang..Akaq kena ingat..Dalam akaq mendengar bicara2 manusia supaya jangan berharap sebenarnya akaq makin berharap dan mengharap..Akaq percaya tak kalau saya cakap akaq sedang berharap akaq tak kecewa?" Nura sengaja mengajukan soalan itu kepada Syaza..Ingin menarik perhatian Syaza dari lamunannya..

"Kenapa pulak?" Nadanya kedengaran seolah2 tak puas hati..

"Iye lah..Akaq cakap kalau berharap nanti kecewa kan..Sama lah maksudnya yang akaq ni mengharap akaq tak kecewa apabila tak mengharap..betul tak? Aish!Apa yang berbelit sangat saya cakap ni? Hehehe.." Nura gelihati sendiri mendengar ayatnya yang agak berbelit2 tu..Syaza hanya mengangkat kening sebelah..

"Erm, pening ea? Ok..Senang cerita macam ni..Sebenarnya, dalam kehidupan kita sehari2 ni pun dah penuh dengan pengharapan kalau kita sedar..Contohnya, time akaq nak exam..Mesti akaq nak soalan yang keluar tu senang and akaq dapat jawab..Betul tak? Tu dah kira mengharap la tu..Dan misal kata akaq ada buat salah pada orang and akaq mintak maaf..Mesti akaq nak dia maafkan akaq..Betul tak? Itu pun dah dikira akaq mengharap..Bila akaq nak tidur sekalipun, mesti akaq berharap agar esok akaq masih mampu melihat dunia lagi kan..Hatta orang jahat sekalipun, mereka berharap tak tertangkap ketika melakukan kejahatan dan jenayah kaq..Tapi, orang jahat kalau tak tertangkap dekat dunia pun dia akan tetap tertangkap di akhirat..Itulah pengharapan..Dan pengharapan menurut anjuran Islam adalah berdoa kepada Allah s.w.t..Bukan berharap pada makhluk2 ghaib..Jin la, penanggal la, tangkal la, ape2 ntah yang pelik2 tu ha..hehehe..Tak kiralah untuk tujuan apa sekalipun..Jika niat kita betul, insyaAllah Allah akan dengar..Bezanya lambat atau cepat je Allah akan tunaikan permintaan kita tu kaq..Ha! Ada faham kaq Sya yang comel lagi cantik? Hehehe.." Mukanya dibuat memek comel..

"Konon comellah tu..hehehe..Ok..Faham ustazah..Terima kasih..Heee.." Ada sinar di balik senyumannya itu..

"Memang comel apa.." Terburai ketawa keduanya..

"Jadi, boleh la ni akaq berharap ea? Hehehe.. " Soal Syaza bagai meminta keizinan..

"Boleh kaq..Akaq harap je la apa2 yang akaq nak harap..Akaq doa je la apa2 yang akaq nak doa..Tak payah mintak izin saya..Janji jangan berharap bulan jatuh ke riba dah la..Memang bulan tu tak akan jatuh la atas riba akaq..Hehehe.." Sungguh lega rasa hatinya melihatkan Syaza yang sudah mampu tersenyum gembira..Syukur dipanjatkan kepada Allah yang telah memberi dia ilham berkata2 dan berkongsi cerita dengan kakak serumahnya itu..

Sungguh! Nura sendiri tidak menyangka bahawa dia mampu menerangkan itu semua kepada Syaza..Panjang lebar pulak tu..Dah macam Dr Cinta pun ada..Tapi, hakikatnya dia masih berharap suatu hari nanti dia mampu menjadi Dr 'Iman dan Islam' untuk bangsanya di Malaysia sekembalinya ke sana nanti..Ha! Tengok..Nura sendiri pun berharap..Hehehe  ^_^

Teringat firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 153..

Maksudnya : "Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat..Sesungguhnya, Allah beserta orang-orang yang sabar.."

Lihatlah..Allah lebih menyukai orang yang berharap padaNya..Namun, pengharapan dan permintaan itu seharusnyalah disusuli dengan sabar dan solat..

Allah s.w.t juga berfirman dalam surah sama ayat 186..

Maksudnya : "Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat..Aku kabulkan permintaan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu..Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah) Ku dan beriman kepadaKu agar mereka memperoleh kebenaran.."

Ya! Sungguh Allah itu terlalu dekat dengan kita..Cuma kita tak sedar..Tepuklah dada dan tanyalah iman kita..Adakah nama Allah di dalam hati masih terpasak kukuh atau telah runtuh? Renung2kan dan fikir2kan lah..Jangan kerana kita memenuhi tuntutan manusia, kita mengabaikan tuntutan (perintah) Allah..

Ingatlah! Allah tidak pernah mengasingkan kita dari pandanganNya..Tapi, sebaliknya kita lah yang selalu mengasingkan Allah dalam kehidupan sehari2..Allah..

#Allahummaghfirli wa li ikhwan wa akhawaty fiddin waddunia wal akhirah..Allahumma Aamiin..#

Wallahu A'lam..

Thursday, January 2, 2014

KAWAN...

Bismillah..

Assalamualaikum w.b.t..



Kawan..

Apalah yang kau kesalkan..

Kerana Tuhan kau kehilangan kawan..

Kerana kebenaran kau dihina..

Janganlah kau ragu dalam keimanan..

Janganlah kau ragu dengan hatimu..

Kadang-kadang kawan jadi lawan..

Kadang-kadang lawan jadi kawan..

Apalah di sedihkan hatimu..

Setiap insan di dalam kekurangan..

Jangan sedih jika selalu tersisih..

Bukan kau saja ditimpa malang..

Ingatlah para Rasul mulia..

Lebih tersiksa menderita..

Tetapi mereka merasai ramai..

Walaupun keseorangan..

Mereka bahagia dalam derita..

Mereka kaya di dalam papa..

Mereka memadai dengan Tuhannya..

Itulah kebahagiaan..

Di waktu sempit seorang diri..

Janganlah di sedihkan hatimu..

Kawan..

#Ingatlah ! Kawan kerana Allah sahaja yang mampu membawa kita ke syurga Ilahi..

#Uhibbukum fillah insyaAllah.. <3 <3 <3