Tuesday, August 6, 2013

BERSABARLAH SAYANG! ALLLAH ITU SENTIASA ADA DI SISIMU...

Bismillah..

Assalamualaikum w.b.t..



Suram..

Sesuram gerimis di hati..

Mengapa kau menangis,wahai diri..?

Merasakan dunia tak lagi bererti..

Adakah kau meragui kasihnya Ilahi..?

Mengapa tidak yakin adanya Allah bersamamu..?

Kau mencari-cari..

Meraba-raba dalam gelap hatimu..

Bingung..

Nanar,dalam ramai..

Tak mengerti,mengapa ini yang harus kau hadapi..

Kau menanti..

Bilakah akan kau peroleh apa yang kau harapkan..

Merasakan Tuhan tak lagi endah padamu..

Tak lagi sudi memandangmu..

Jangan begitu,wahai diri..

Dengarkan apa kata Tuhanmu..

"Hai anak Adam!

Sesungguhnya selama mana engkau berdoa,

dan berharap kepadaKu,

Aku ampuni bagi engkau di atas dosa yang ada pada engkau,

dan Aku tidak peduli..

Hai anak Adam!

Jika telah sampai sekalian dosa engkau di awan langit,

engkau memohon keampunanKu,

nescaya Aku ampuni bagi engkau..

Hai anak Adam!

Sesungguhnya jika engkau datang kepadaKu

dengan kesalahan-kesalahan sepenuh bumi (ini),

kemudian itu engkau menemui Aku,

padahal tiada engkau mempersekutukan Aku dengan sesuatu,

nescaya Aku memberi kepada engkau keampunan degan sepenuh bumi.."

[HR At-Tirmizi]

Wahai diri..

Kau jiwa yang baik..

Jiwa yang rindu..

Cuma kau keliru..

Mengapa masih terus menzalimi dirimu..?

Sedangkan dirimu tak berhak disakiti..

Jasad dan rohmu anugerah terindah dari Ilahi..

Maka,mengapa tegar melukai..?

Kau jiwa besar yang dikasihi Tuhan..

Kau jiwa hebat berpotensi menyengat..

Kau jiwa kebal yang lali pada ujian..

Kau sebenarnya bercita-cita tinggi..

Lalu mengapa memilih untuk terus disakiti..?

Jangan begitu,wahai diri..

Sungguh,kau sentiasa punya satu lagi pilihan..

Iaitu kembali kepada luasnya kehidupan berTuhan..

Kembali berteduh di bawah redup kasih Ilahi..

Kembali kepada Dia..

Usah takut,wahai diri..

Bukankah mereka bersamamu..?

Menyokongmu..

Memimpinmu,tika kau bertatih di jalan ini..

Yang pasti,kau tidak sendiri..

Kerana masih ada yang menyayangimu..

"Dan Dia (Allah) yang mempersatukan hati mereka (orang yang beriman)..

Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada di bumi,

nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka..

Tapi Allah telah mempersatukan hati mereka..

Sungguh,Dia Maha Perkasa,Maha Bijaksana.."

[Al-Anfal : 63]

Oleh itu,yakinlah dan teguhkan derapan langkahmu di jalan ini..

Yakin Allah bersamamu di setiap langkahmu..

"Dan janganlah kamu merasa lemah..

dan jangan (pula) bersedih hati,

kerana kamu paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang beriman.."

[Ali-Imran : 139]





~Ingatlah !
Sesungguhnya Allah akan sentiasa ada bersama orang2 yang sabar beriman kepadaNya...

Monday, August 5, 2013

JALAN PULANGKU...


Bismillah..

Assalamualaikum w.b.t..



Tundukku malu di depanMu..
Kerana ku insan berdosa..
Ku adukan sesalanku..
Apakah Kau kan terima..

Kesunyian ini menyedarkan diriku yang lena..
Tinggalkan semalam yang nanah..
Lantas meratap hina kan ku pada sempurnaMu..
Terpaut aku tak berpaling..

Ku bersyukur hanya padaMu Tuhan..
Kau temukan laluan bermula..
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara..
Buatku melepas dahaga..

Suluhkan cahaya menerangi langkahku..
Semaikan segala hiasan indah cintaMu..

Ku mohon Kau tenangkan gusar hatiku yang rawan..
Bimbang Kau singkirkan taubatku..
Ku rayu Kau hulurkan keampunanMu padaku..
Kelakku zalimi diri ku..

Janjiku padaMu abdikan seluruh jiwa..
Sehingga masanya Kau seru hujung nyawaku..

Tak ku temu di manakah hentinya..
Rayuan taubatku padaMu..

Saturday, August 3, 2013

KETENANGAN DALAM KEMAAFAN...

Bismillah..

Assalamualaikum...

Hurm...

Dalam hidup ni,kadang kala apa yang kita tak jangka pun boleh jadi kan..

Bila Allah menyebut 'JADI' maka 'JADILAH' ia..

Dan perlu diingat..

Bukan semua apa yang kita mahu,akan menjadi milik kita..Dan bukan semua apa yang kita tidak mahu,tidak akan menghampiri kita..

Itulah namanya takdir dari Allah..

Siapa yang dapat sangkal?

Memang tak akan ada orang yang dapat sangkal..Dan siapa kita untuk menyangkal kehendak-Nya???Sesungguhnya Dia sahaja lah Yang Maha Berkehendak..

Ya...Semua orang berbuat silap..Tiada agakan di situ..Kerana semua manusia PASTI akan buat silap..Sama ada kita sedar atau tidak..Manusia sebaik Nabi pun ada yang buat silap,ni kan pula kita sebagai manusia biasa..Kita hanya insan yang lemah dan penuh dengan kekurangan..Sedarlah akan hakikat itu..

Namun, kehidupan masih perlu diteruskan..

Ya!Memang waktu itu tak akan berundur kembali..Tapi,itu bukan bermakna kita langsung tidak boleh menoleh ke belakang..Kadang kala kesilapan kita di masa lalu mampu mematangkan kita untuk menghadapi cabaran kehidupan di masa hadapan agar tidak terjatuh untuk kali yang kedua di takuk yang sama..

Jadi,kutiplah pengajaran itu agar menjadi pengalaman..Pengalaman..Agar tidak tersalah percaturan di masa hadapan..Pengalaman itu kan guru terbaik untuk kita mengolah kehidupan dengan lebih berhati2 dan tersusun..

Kesalahan kita pada Sang Pencipta,mungkin kita dapat perbetulkannya dengan bertaubat dan memohon ampun kepada-Nya..Tapi taubat kita boleh jadi diterima,dan boleh jadi juga tidak diterima..Ia berpandu pada niat dan keazaman kita..Tetapi selagi pintu taubat masih terbuka,insyaAllah taubat kita akan diterima..

Begitu juga kesalahan kita pada sesama manusia,mungkin kita dapat perbetulkannya dengan memohon kemaafan dari mereka..Tapi kita tidak boleh memastikan sama ada mereka ikhlas memaafkan atau sebaliknya masih menyimpan dendam terhadap kita..Kerana segalanya Allah lebih tahu berbanding kita..

Tapi lain pula halnya jika kesalahan kita pada diri kita sendiri..Diri kita,hanya kita yang tahu..Selain Allah,orang lain tidak akan tahu sekiranya kita melakukan kesalahan kepada diri sendiri melainkan kita sendiri yang memberitahu..Kita tidak perlu menghukum diri kita kerana kesilapan yang telah berlalu..Kerana tiada siapa yang mampu merubah diri kita kecuali diri kita sendiri yang ingin berubah..Ingatlah!Berdiam diri itu tidak akan merubah apa2..

Ya!Mungkin orang mampu bercakap itu dan ini..Tapi yang rasa itu kita,bukan mereka..Jadi,mengapa kita perlu bersusah payah untuk mengendahkan kata2 orang lain sedangkan kita telah nampak jalan untuk mengejar redha-Nya..Dan siapa lagi yang akan memaafkan diri kita kalau bukan diri kita sendiri???Betul tak..Jadi,berfikirlah dahulu sebelum bertindak ingin memalukan diri kita sendiri di hadapan Allah..

Memaafkan diri bukan bermaksud kita melupakan kesalahan lalu,tetapi kita memaafkan diri kita untuk memberi peluang kepada diri agar mampu hidup dalam keadaan yang lebih baik dan normal seperti orang lain..Tanpa rasa bersalah dan hina di hadapan manusia..

Dan ketenangan dan kelegaan juga akan menjadi jaminan setelah kita dimaafkan..

Kerana semua orang berhak untuk berubah dan semua orang berhak untuk mengecapi bahagia..Bahagia di sisi manusia,juga bahgia di sisi-Nya..

Ingatlah!

~MEMAAFKAN ITU PAYAH KERANA KEMAAFAN ITU INDAH~