Saturday, June 29, 2013

PILIHLAH ORANG YANG PEDULI PADAMU...

Bismillah..

Assalamualaikum w.b.t..

Pilihlah seseorang... 
Yang mampu merasakan kesedihanmu dibalik senyumanmu..
Yang mampu mengerti fikiranmu disaat engkau terdiam..
Yang mampu merasakan kasih sayangmu disaat kemarahanmu..
Kerana dialah yang akan mampu mengerti tentang dirimu..

Terkadang kau harus berlari jauh..
Agar kau tahu siapa yang akan datang kepadamu..

Terkadang kau harus berbicara pelan..
Agar kau tahu siapa yang masih mau mendengarkanmu..

Terkadang kau harus melibatkan diri kedalam sebuah perbezaan..
Agar kau tahu siapa yang masih akan membelamu.

Terkadang kau harus mencuba mengambil keputusan yang kurang tepat..
Agar kau tahu siapa yang akan menunjukkanmu keputusan yang benar..

Terkadang kau harus melepaskan orang yang sangat kau cintai..
Agar kau tahu apakah dia akan setia di sisimu..

Sesungguhnya...

Ketika kita pergi bersembunyi hanyalah untuk ditemukan..
Ketika kita berjalan jauh hanyalah untuk melihat siapa yang masih setia mengikuti..
Ketika kita menangis agar kita tahu siapa yang dengan ikhlas menghapus air mata kita..

DIAlah sebenarnya yang masih mempedulikan kita..
Yang akan membuat hidupmu berbalut bahagia penuh senyuman..


~ sekadar picisan untuk menjadi renungan ~

Monday, June 10, 2013

SEBALIK HIJAB HARI KIAMAT...

Assalamualaikum..

Mengambil madah Aqidah 2 membuatkan saya merasa kiamat tu sangat hampir dengan kita..Bercerita tentang tanda2 nya menyebabkan saya tersedar..Ya!Tersedar bahawasanya telah banyak tanda2 kiamat yang dinyatakan dalam kalam Allah dan hadith Nabi terjadi tanpa kita sedari..Dan samada kita sedar atau pun tak,bumi ni dah terlalu tua dan uzur untuk menampung dosa2 kita di dunia..




Baik..Saya nak berkongsi serba sedikit ilmu mengenai HARI KIAMAT..Siapa yang tahu apa yang dimaksudkan dengan Hari Kiamat?

Ada apa dengan Hari Kiamat ni?Hari Kiamat tu macam mana?

Sebagai seorang muslim yang beriman kepada Allah s.w.t,kita semua WAJIB mempercayai kewujudan Hari Kiamat..

Nak tau kenapa???

Sebab,ianya termasuk dalam RUKUN IMAN..

Sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Saidina Umar Al-Khatab r.a dalam sebuah hadith : 

 سأل جبريل النبي عليه الصلاة والسلام : قال : فأخبرني عن الايمان, قال : أن تؤمن بالله وملائكته وكتبه ورسله ويوم الآخر و تؤمن 
يالقدر خيره و شره


Maknanya : Telah bertanya Jibril Nabi Muhammad s.a.w : Dia berkata : Maka khabarkanlah kepadaku tentang iman,Lalu Nabi bersabda : "Sesungguhnya beriman kepada Allah,dan beriman kepada MalaikatNya,dan beriman kepada KitabNya,dan beriman kepada RasulNya,dan beriman kepada Hari Kiamat.Dan beriman dengan ketentuan samaada yang baik ataupun yang buruk.."

So,nak tak nak kita memang kenalah mempercayai kewujudan Hari Kiamat nie sebab ianya telah dijanjikan oleh Allah..

Seperti dalam firman Allah yang mulia : 

"Sesungguhnya hari Kiamat pasti akan datang,tidak ada keraguan tentangnya,akan tetapi kebanyakan manusia tidak beriman.." [Surah Al-Ghafir 40:59]

"Sungguh,apa yang dijanjikan kepadamu pasti benar dan sungguh (hari) pembalasan pasti terjadi.." [Surah Az-Zariyat 51:5-6]


Ok..Sekarang,saya nak share serba sedikit tentang Hari Kiamat ni..Apa yang dimaksudkan dengan Hari Kiamat nie..Apa yang berlaku pada Hari Kiamat..And apa yang ada pada Hari Kiamat ni..

Pernah terfikir tak kita sebelum nie..Kenapa ia dipanggil Hari Kiamat?

Sebenarnya perkataan Kiamat tu berasal dari perkataan Arab iaitu Qiam yang membawa maksud 'bangun' atau 'bangkit'..Maksud menyeluruh bagi Hari Kiamat adalah 'Hari kebangkitan'..Dan yang dimaksudkan dengan kebangkitan di sini ialah kebangkitan semula makhluk dari kematian bermula dengan manusia pertama di zaman Nabi Adam sehinggalah manusia terakhir di saat Kiamat  itu tiba..

Kebangkitan itu untuk apa?Kebangkitan itu berlaku untuk Dia melaksanakan pembalasan diatas setiap perlakuan dan amalan kita di dunia dulu..Tak kira la perbuatan dan perlakuan kita tu baik atau buruk..

Seperti firman Allah yang telah termaktub di dalam Surah Tin ayat 1 hingga 8 :

Maksudnya : "Demi buah tin dan zaitun..demi gunung Sinai..dan demi negeri (Mekah) yang aman ini..sungguh,Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk  yang sebaik2nya..kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah2nya..kecuali orang2 yang beriman dan mengerjakan kebajikan ; maka mereka akan mendapat pahala yang tidak ada putus2nya..maka apa yang menyebabkan (mereka) mendustakanmu (tentang) hari pembalasan setelah (adanya keterangan2) itu?bukankah Allah hakim yang paling adil?"

Macam yang kita semua dah sedia maklum,semua makhluk yang hidup kat atas muka bumi nie semuanya akan mati dan akan binasa kan suatu hari nanti..Dan termasuklah juga awak semua ni..Saya sendiri pun tak ketinggalan untuk meninggalkan dunia yang fana' ni.. 

Firman Allah :

"Setiap yang bernyawa akan merasakan mati..Dan pada hari kiamat sahajalah diberikan dengan sempurna balasanmu.." [Surah Ali-Imran 2:185]

"Semua yang ada di bumi itu akan binasa..Tetapi wajah Tuhanmu yang memiliki kebesaran dan kemuliaan tetap kekal.." [Surah Ar-Rahman 55:26-27]

"Dan setiap umat mempunyai ajal (batas waktu).Apabila ajalnya tiba,mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan sesaat pun.." [Surah Al-A'raf 7:34]

Jadi,ironinya disini ialah Hari Kiamat tu memang wujud..Dan tidak diketahui bila masanya kecuali Allah s.w.t..Namun terdapat beberapa petanda yang menunjukkan tibanya Hari Kiamat itu..Dan petanda itu ada 2 macam iaitu petanda kecil dan juga petanda besar..

PETANDA KECIL..

Ia merupakan petanda awal daripada petanda2 besar..Ini bermakna petanda ini akan berlaku dan terletaknya sebelum berlakunya petanda yang besar..

Dan terletaknya petanda kecil ini pada 3 keadaan iaitu : 

MASA LALU 
Antara petanda kecil yang terjadi pada waktu dahulu atau masa lalu ialah : 
  • Diutuskan Rasulullah s.a.w..
  • Peristiwa terbelahnya bulan..
SEKARANG
Antara petanda kecil yang akan berlaku pada masa sekarang ialah :
  • Ramainya perempuan dan kurangnya lelaki..
  • Matinya ulama'..
  • Pemerintahan bukan dari ahlinya..
AKAN DATANG
Antara petanda kecil yang akan berlaku pada masa akan datang ialah :
  • Pembunuhan orang Yahudi..
  • Wujudnya Imam Mahadi..


PETANDA BESAR..

Petanda besar ini pula akan terjadi sebaik sahaja berlakunya tanda2 kecil yang diatas..Dan ini menunjukkan bahawa Hari Kiamat telah hampir..

Antara petanda2 besar itu ialah : 
  • Wujudnya Dajjal..
  • Turunnya Nabi Isa a.s..
  • Keluarnya Ya'juj dan Ma'juj..
  • Gempa bumi pertama..
  • Gempa bumi kedua..
  • Gempa bumi ketiga..
  • Wujudnya Dabbah..
  • Terjadinya kabut..
  • Terbitnya matahari dari barat..
  • Keluarnya api dari dalam bumi..
Dan apabila terkeluar sahaja api dari perut bumi,akan berlakulah 3 tiupan sangkakala..
  • Sangkakala pertama : Tiupan yang mematikan..
  • Sangkakala kedua : Tiupan yang kuat ibarat petir..
  • Sangkakala ketiga : Tiupan kebangkitan di hadapan Tuhan sekalian 'alam..
Dalam pada semua yang ada di bumi ini binasa sewaktu tiupan sangkakala pertama,ada beberapa makhluk yang dikecualikan daripada tiupan yang menakutkan itu..Antaranya ialah :
  • 'Arasy..
  • Kursi..
  • 'Alam..
  • Syurga..
  • Neraka..
  • Ruh..
  • Orang Kafir..
  • Malaikat..
  • Matahari..
  • Bulan..
Sewaktu tiupan sangkakala kedua juga terdapat pengecualian pembinasaan terhadap beberapa makhlukNya iaitu :
  • 'Arasy..
  • Kursi..
  • 'Alam..
  • Syurga..
  • Neraka..
  • Titian Sirat..
  • Neraca Timbangan Amal (Mizan)..
  • Bulan..
  • Matahari..
  • Ruh..
Sehinggalah tibanya Hari Kiamat..Hanya 6 benda sahaja yang kekal wujud ketika itu iaitu :
  • Kauthar..
  • Titian Sirat..
  • Mushaf..
  • Neraca Timbangan Amal (Mizan)..
  • Neraka..
  • Syurga..
Dan terdapat beberapa pembahagian makhluk di padang mahsyar itu nanti..
  • Golongan yang memasuki syurga tanpa hisab..
  • Golongan yang dihumbankan keneraka jahannam tanpa hisab..
  • Golongan yang dihisab dengan neraca amal mereka..

Dan pengakhiran daripada semua itu sudah tentulah SYURGA dan NERAKA..
Barangsiapa yang memasuki Syurga maka kebahagiaan dan keberuntunganlah baginya..
Dan barangsiapa yang memasuki Neraka maka penderitaan dan kepedihan siksaan azablah baginya..

Jadi..Sudah jelas ke semua???Ini cuma sekadar perkongsian daripada saya yang masih belajar dan mengkaji..Semoga sedikit sebanyak kita dapat mengambil iktibar dan pengajaran untuk diri kita..Selagi masa itu belum tiba,cubalah kita memperbaiki dan menambah amalan kita agar ia mampu menjadi bekal untuk ke negeri MAHSYAR nanti..

Wallahu A'lam..

~Ya Allah..Permudahkanlah urusan kami di akhirat kelak..Aamiin Ya Rabbal 'Alamin..



Sunday, June 9, 2013

LANGKAH PERTAMA DALAM SEMESTER SOIFI...

Bismillah..

Assalamualaikum w.b.t..

~ 9 JUN 2013 ~




Hari nie merupakan hari pertama aku menjejakkan kaki  ke Jami'ah untuk semester Soifi nie..

'Erm,dah pukul 8 pagi tapi kenapa sunyi sepi jerk nie?'Hatiku bermonolog sendiri..

Pelik sebenarnya..Biasanya pasti dah bersimpang siur jalan nie dengan pelajar2 yang ingin ke Dewan Kuliah masing-masing..'Hari pertama kot..'

Tapi alhamdulillah juga lah..Bukan apa..Terasa tenang jerk dada dan fikiranku hari nie..Cuaca pun tak berapa nak panas sangat hari nie walaupun dah masuk Musim Panas..Ditambah pula dengan angin yang sepoi2 kencang nak syahid nie..Menyebabkan hari nie terasa damai sekali dari hiruk pikuk pelajar2..

'Alangkah tenangnya hari ini Ya Allah..Setenang kolam hatiku pada kala ini..'Hatiku terus sahaja melontarkan rasa..

Bosan pulak rasanya bila jalan sorang2 nie..Haih,sabar je lah..Biasenye ada Hanifah yang boleh jadi teman aku berbual..Nie bila dia balik Malaysia,berbual sorang2 lah aku jawapnya..Gee pulak tiba2 je tak jadi nak perji Jami'ah saing aku..Padahal semalam dia yang beria2 setuju nak pergi saing..

Tiba2 teringat kata2 Gee semalam.."Esok nak pergi Jami'ah calling2 tau.."

Yelah tu...Tup2 pagi tadi dia call sebab tak jadi nak pergi saing Aku..Hurm,bertuah punya kawan..Nasiblah kau kawan aku Gee oi..kalau tak..Tak tau lah aku nak kata apa..

Tiba sahaja di pintu besar Dewan kuliah,mulutku pantas mengucapkan Basmalah lalu mula melangkah masuk..Langkah pertamaku yang terjejak di Dewan Kuliah Syari'ah diiringi dengan bisikan hatiku lagi..'Selamat kembali untuk menuntut ilmu Allah..Ikhlaskan hati ye Nadia..'Ye!Aku mesti lebih fokus untuk semester kali ini..Semoga ilmuNya itu akan menjadi milikku..Dan ilmu yang bakal aku perolehi ini akan diberkati olehNya..Aamiin..

Sedang hatiku rancak memujiNya diatas ketenangan yang bertandang..Tiba2 mataku tertancap pada sekumpulan pelajar perempuan Arab yang sedang dok tergelak antara mereka..

'Apalah yang diorang gelakkan agaknya?'Hatiku melontar soalan..

Soalan tanpa jawapan mungkin..Ah,malaslah nak ambil pusing karenah diorang nie..Buat pening kepala jerk nanti..

Dalam ralit melayan perasaan yang sesak dengan kebisingan pelajar2 Arab tu,tiba2 aku disapa sekumpulan pelajar Arab dari jauh..Bibirku yang terasa bagai dipagut sesuatu terus sahaja tersenyum apabila melihatkan mereka berlari menghampiriku..Dalam ketawa sempat lagi tu nak lari2 untuk mengejar langkahku..

"Hai,ada2 aja lah mereka nie..Nak apa lah agaknya?"

Dalam bebel2 pun,aku berhentilah jugak..Mengenangkan mereka dah kejar aku tadi..kesian pulak..Ada ke patut main kejar2 dalam Jami'ah?Haih!Dah macam budak2 dah gayanya..Hehehe..

Hanya seorang sahaja diantara mereka yang ramah bertanya itu dan ini..Mulanya cuma bertanya khabar..tapi yang peliknya,bila aku jawab mereka tiba2 terdiam then ketawa..

'Hai,apa pula lah kali nie..Pelik2 je lah perangai mereka nie'Aku cuma menuturkan rasa di dalam hati sahaja..

Tak sempat nak habiskan ketawa tiba2 dia bercakap,"Quayis...Enti quayis.."

Aku yang dengar nie pulak yang  terdiam..Ceh! ingatkan apa lah tadi..

'Apa ingat bahasa ammi jordan orang Malaysia nie teruk sangat ke hah?'Jerkahku dalam hati..Tak puas hati lah kononnya..Tapi memang betul pun..Aku pun baru bertatih nak cakap bahasa ammi mereka nie..Bukan senang nak faham and nak cakap dalam bahasa pasar mereka nie dalam waktu yang singkat..Ambil masa lama tu..Dah lah bahasa dia jauh dari bahasa asal..Huih,memang jenuh la kan..tapi kalau dah biasa cakap,macam tak nak berhenti je nanti..Hehehe..Hai,sabar je la dengan kerenah mereka nie..

Tak cukup dengan tu,mereka tanya lagi aku tentang asal usul aku..Apa pandangan aku tentang negara dia..Sehinggalah tentang Doktor2 yang mengajar kat sini..Hah,macam2 lah..Dalam hatiku terdetik lagi,'Haih,ramah betullah mereka nie..'

Dalam diam aku terfikir sendiri..Bilalah agaknya aku akan jadi peramah dengan pelajar2 Arab nie sebagaimana mereka nie ramah bertanya itu dan ini tanpa mengira siapa..

Huh!Hatiku mengeluh lagi..Bilalah perasaan malu nie nak hilang agaknya ye???Teringin rasanya hati nie nak mencontohi Saidina Uthman Bin 'Affan r.a dalam mengatasi sifat malu nie..Kadang2 aku sendiri pun pelik kenapalah aku nie pemalu sangat dengan orang???Bukannya mereka makan aku pun..Tapi tu lah..Perangai dari kecik kan..Tapi kalau dah kenal,mulut nie pan dai pulak tak nak berenti bercakapnya..Hehehe..

Tapi tu lah..Aku kagum dengan semangat yang ada dalam diri Saidina Uthman nie..Beliau nie dah lah memang terkenal dengan sifat pemalu dalam kalangan para sahabat..Tapi dirobohkannya tembok malu itu demi ilmu dan ummah..Itu yang menaikkan beliau sehingga mampu menjadi khalifah ke-3 selepas kewafatan Saidina Umar..

~Ya Allah,kau berilah kekuatanku untuk merubah diriku ini demi ilmuMu dan ummat manusia ya Allah..Semoga langkahku pada hari ini diiringi rahmat dan redhaMu ya Allah..Aamiin...~