Tuesday, April 16, 2013

KEKABURAN MERENTAS WAKTU...

Bismillah..

Assalamualaikum w.b.t..





Kekaburan,
 Pandangan mata yang tidak kelihatan,
Namun pasti tertusuk bila kesalahan,
Andai hati dalam kesamaran.

Dunia yang fana' ini,
Menjadi garisan fatrah kehidupan insani,
Yang ralit mengemudi bahtera duniawi,
Dinaungi secebis sinar yang menerangi.

Kala hati bermonolog sepi,
Tiada siapa mampu menerokai,
Lipatan peristiwa yang tersemat rapi,
Terhijab tanpa dapat disingkap lagi.

Hidup ini bagaikan piring,
Perlukan cawan untuk diiring,
Dalam indahnya langkah yang seiring,
Di setiap suaan yang makin mengering.

Lazimnya fitrah pengembara duniawi,
Penuh dengan lipatan peristiwa di sana sini,
Tidak pernah lekang dari onak dan duri,
Dalam mentafsir hakikat yang diimani.

Masa yang merentas waktu,
Seiring jalan yang dituju,
Menuju destinasi yang satu,
Hanya untuk ke syurga-Mu,
Ya Tuhan ku..

Saturday, April 13, 2013

INTERAKSI DENGAN AL-QURAN (IDQ)...

Bismillah...

Assalamualaikum w.b.t..




Urm,cuba kita reflect balik diri kita..Pernah tak kita berinteraksi dengan Al-Quran?

Atau hanya sekadar membaca tanpa memahami dan mengkaji...

Mungkin ada yang tidak faham dengan tajuk ni.Dan mungkin juga ada yang tertanya-tanya.Apa itu interaksi dengan Al-Quran?Cakap dengan Al-Quran ke?Atau mungkin ada yang terfikir.Al-Quran boleh cakap ke?Macam mana nak interaksi dengan Al-Quran?Logik ke cakap dengan Al-Quran?

Mesti semua pelik dengan tajuk ni kan.Tapi itulah hakikat yang saya nak cakap kat sini.Memang Al-Quran itu tidak boleh berkata-kata,tapi Al-Quran itu kan surat cinta Allah pada kita.Adakah kita tidak teringin untuk memahami setiap patah kata-kata yang Allah lontarkan pada kita?Sebenarnya jika kita memahami dan meneliti dengan terperinci,kita akan mendapati isi Al-Quran itu penuh dengan dialog-dialog Allah pada kita.Di dalamnya juga terselit kisah-kisah silam,suasana zaman sekarang dan peristiwa yang pasti berlaku pada masa akan datang.Pendek kata,kesemua message disampaikan olehNya melalui 'Love Latter'Nya itu.

Hanya terpulang pada kita sama ada ingin menghiraukannya atau ingin mengabaikannya.Namun,ketahuilah bahawa sesungguhnya kalamNya itu adalah kalam yang mulia dan akan terpelihara hingga ke hari kiamat.

Jadi,sebelum ianya diangkat ke langit,marilah sama-sama kita berinteraksi dengan Al-Quran agar kita faham apa yang ingin Allah sampaikan pada kita dalam 'Love Latter'Nya itu.

Tapi bagaimana kita ingin berinteraksi dengan Al-Quran sedangkan kita tidak tahu bagaimana caranya kan.

Jadi,di sini saya akan share 5 cara untuk kita berinteraksi dengan Al-Quran :

1.MERASAI AL-QURAN DITURUNKAN UNTUK DIRI KITA..

  Cuba perhatikan ayat pertama Surah Al-Ikhlas yang maksudnya,"Katakanlah (wahai Muhammad),Dialah Allah yang Maha Esa."Tetapi hakikatnya perkataan 'Qul' itu adalah kata arahan untuk  'katakanlah'.Dan ianya ditujukan buat kita,sebagai hamba Allah.Bukan untuk Nabi Muhammad sahaja.Bezanya kalau sesuatu arahan itu ditujukan kepada Rasulullah,walaupun berulang kali kita membaca Surah Al-Ikhlas ini,kita tidak akan terasa terpanggil untuk berbuat apa yang Allah suruh.Kita akan merasakan bahawa Surah dan arahan itu adalah untuk Rasulullah,bukan untuk kita.

  Lain kesannya apabila kita merasai bahawa Allah mengatakan :"katakanlah (wahai Sufian,wahai Alyah,wahai Sumaiyyah)."Maka dengan itu Sufian,Alyah dan Sumaiyyah akan terpanggil untuk berbuat apa yang Allah suruh dalam Al-Quran itu.

  Seperti kita membaca surat cinta kepunyaan orang lain.Tentu kita tidak akan terkesan kerana nama kita tiada di situ.Tapi jika surat itu ditujukan buat kita,walaupun perkataannya tidaklah indah atau berbunga sekalipun,tentu perasaan indah dan berbunga-bunga akan menguasai seluruh hati kita.Begitu jualah dengan Al-Quran.Ia merupakan surat cinta Allah kepada kita sebagai hambaNya.Rasailah Allah sedang berbicara dengan kita secara langsung di saat kita melantunkan ayat-ayatNya.

2.MEMAHAMI BAHASA ARAB..

  Keindahan bahasa Arab hanya dapat dimaknai oleh orang yang memahaminya sahaja.Begitu juga dengan keasyikan dan ke'zouq'an dalam merasai setiap butir kalimah ayat Al-Quran hanya dapat dirasai dengan magetahui makna setiap kalimah tersebut.Bagi mereka yang memahami bahasa Arab,tentu sekali akan bersetuju bahawa tidak semua ayat diterjemahkan dengan tepat sekali.Malah kadang kala terjemahan tersebut membawa makna yang amat berbeza dari yang sepatutnya.Ini kerana pemahaman sebenar pada setiap ayat Allah itu hanya boleh difahami dan dihuraikan dalam bahasa Arab.

  Sebagai contoh,bahasa Arab mempunyai intonasi tersendiri hanya dengan mengetahui maksud perkataan.Sedangkan bahasa Melayu tidak begitu.

  Jika kita sebut perkataan 'makanlah',ianya tidak membawa kepada intonasi marah,sindir ataupun pelawa.Tetapi jika kita menterjemahkannya daripada perkataan Arab,ianya boleh terus membawa makna intonasi marah,sindir ataupun pelawa.Begitu juga kata perbuatan (fi'il).Hanya dengan satu kalimah sahaja,kita  boleh mengetahui sama ada perbuatan itu telah berlaku,sedang berlaku ataupun akan berlaku.Sebaliknya bahasa Melayu tidak begitu.Ia memiliki sifat masa.Maka,jelaslah bahawasanya terjemahan ayat Al-Quran ke dalam bahasa Melayu adalah tidak tepat dan tidak mampu menggambarkan maksud sebenar ayat tersebut.

3.MENGHAYATI AL-QURAN DENGAN HATI..

  Otak kita tidak mampu untuk merasa apa-apa.

  Begitulah jika kita membaca Al-Quran  dengan otak dan akal.Ia tidak akan memberi kesan pada hati dan jiwa kita.Jika memberi kesan pun tidak,meresap apatah lagi.Memang Al-Quran tidak akan meresaplah dalam hati dan jiwa kita.Akhirnya,jadilah kita orang yang membaca Al-Quran namun tidak mendapat kesan dan manfaat daripada Al-Quran itu.

  Apa-apa yang dibaca dengan otak,ianya tidak akan memberi kesan pada hati dan perasaan.Tetapi sebaliknya jika Al-Quran itu dibaca dengan hati dan perasaan,ia akan menjadikan seseorang itu menangis,gembira dan marah.

  Begitulah Al-Quran.Ia mampu membuatkan kita menangis,merasa insaf,seterusnya akan memberi kesan pada jiwa dan perbuatan kita apabila kita membacanya dengan hati.Rasailah setiap bait dan kalimah dari Al-Quran dengan sepenuh perasaan sepertimana kita menghayati drama filem ataupun novel cinta.Dan kalau boleh,lebih dari itu.

  Mengesani hati hingga membawa ekspresi pada diri yang mampu menyemarakkan rasa insaf dan cinta kepada Allah.

4.MEMAHAMI SEBAB DAN LATAR BELAKANG PENURUNAN AYAT AL-QURAN..

  Ini beramakna kita perlu tahu 'asbab nuzul' (sebab-sebab turunnya sesuatu ayat).Tetapi tidak semua ayat ada 'asbab nuzul'nya.Ada ayat yang diturunkan mengikut suasana dan keadaan wahyu itu diturunkan.Ini dipanggil suasana 'mulabasat' al-Quran.

  Al-Quran diturunkan selama 23 tahun.13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah.Setiap tahun apabila turunnya wahyu,ia mengikut suasana dan keadaan di Mekah atau Madinah itu sendiri.

  Di zaman Mekah sendiri,terdapat 3 fasa penurunan ayat mengikut keadaan orang Muslim ketika itu.Fasa itu adalah fasa dakwah secara sembunyi,fasa dakwah secara terbuka dan juga fasa sebelum hijrah.Disebabkan suasana dan keadaan berbeza,maka penurunan setiap ayat adalah berbeza mengikut keadaan di waktu itu.

  Dengan itu,kita akan lebih menghayati dan merasai kesannya apabila membaca Al-Quran setelah kita mengetahui 'mulabasat' ayat tersebut.

  Di sinilah pentingnya membaca sirah Nabi S.A.W.Dengan mengetahui sirah sahaja kita dapat memahami jalan cerita setiap ayat Al-Quran itu diturunkan.Barulah hati kita akan lebih terkesan.

5.MENYEDARI SIAPA KITA..

  Apabila kita sudah menyedari diri kita sebagai hamba Allah dan khalifahNya,kita akan lebih menghargai setiap ayat-ayat Allah ini.

  Walaupun kita seorang doktor,jurutera mahupun usahawan,tugas kita tetap sebagai seorang Muslim dan da'ie di jalan Allah.Maka,kita akan menghargai setiap bait-bait kalam Allah yang menyejukkan hati kita di saat kita kesedihan,yang membakar semangat di saat kelemahan,juga menundukkan perasaan kita di saat kemenangan telah pun dekat.Semua peristiwa ini tidak akan mampu untuk kita rasai melainkan kita hidup sepertimana hidupnya Rasulullah;sebagai hamba dan khalifahNya.

Setiap butiran kalamNya amat mengesani hati dan membekas di jiwa ini.Moga kita dapat mempraktikkannya  dalam kehidupan kita sehari-hari dalam mengemaskan cintaNya di sanubari seiring mencari redha Ilahi...
In Sya' Allah...

Wallahu a'lam..

~MESTI CUBA,BARU BOLEH PERCAYA!~




DATANGNYA WAHYU DARI TUHAN...
WAHYU ITU NAMANYA AL-QURAN...
ORANG ARAB BERUBAH KERANA AL-QURAN...
PARA SAHABAT JUGA BERUBAH KERANA AL-QURAN...
DAN MANUSIA JUGA BERUBAH KERANA AL-QURAN...
KALAU ORANG DAHULU HEBAT KERANA AL-QURAN...
MAKA,KITA JUGA PERLU MENJADI HEBAT DENGAN AL-QURAN...




Rujukan : Gen Q & Al-Quran..

Monday, April 8, 2013

BAGAIMANA INGIN MENCINTAI ILAHI...

Bismillah...

Assalamualaikum w.b.t..




Urm....Urm....Urm....Aha!Sape yang nak jawab soalan saya angkat tangan...Cepat...Cepat...Cepat...

Ish!macam boleh nampak jerk kan awak semua angkat tangan ke tak kan...Hahaha...

Astaghfirullah...Banyaknya ketawa hari ni...Istighfar 1000x cepat...Hati dah nak gelap tu...Sebelum gelap baik istighfar banyak-banyak...Hehehe...

Erm,saje jerk tadi tu...Sebenarnya saya nak ajak awak semua istighfar sekali dengan saya...Ha!Amacam?Ada rasa tenang tak?Kalo tak rasa,tak cukup lagi tu istighfarnya...

K.Sape ada jawapan untuk soalan saya ni,jawab tau...Walaupun saya tak tau tapi Allah tau...Ingat tu...

Soalannye macam ni...Apa yang kita akan buat bila kita mencintai seseorang?

Ha,jawab...Cepat...Cepat...Cepat...Sape dapat jawab dapat hadiah...Ha,cepaaaaaaaaaaaat!

Ceh!ye ye or jerk saya nie kan...Tak de lah...Saya acah jerk tu...Tapi betul saya nak kata nie...Kita pasti akan buat apa sahaja untuk mendapatkan kasih dan sayang orang yang kita cintai...Betul tak?jangan kalis yer...Saya pun tau lah...

Misal kata kalau kita sayang ibu ayah kita,pasti kita akan membuat mereka gembira,kita akan sentiasa taat dengan segala suruhan dan permintaan mereka,kita akan mendoakan mereka,kita tak akan menyakiti hati mereka...Betul tak?

Ha!kalau kita sayang sahabat kita,apa yang kita nak buat?

Mesti kita akan jaga hati mereka kan,kita akan beri present bila bezday dia,kita akan tolong dia walau kita pun sama-sama susah macam dia,kita akan kongsi kegembiraan dan kesedihan dengan dia...Betul tak?

Macam mana pulak kalau kita sayang suami / isteri kita?

Mesti kita akan mengingati tarikh-tarikh istimewa antara suami n isteri kan,kita akan melakukan apa sahaja agar suami / isteri tersenyum kan,kita akan ucap kata-kata cinta dan sebagainya...Betul tak?

Semua itu sudah menjadi lumrah kehidupan kita di dunia ini untuk saling sayang-menyayangi...Itu memang kita tidak akan dapat sangkal...Rasulullah pun pernah bersabda dalam sepotong hadith :'Tidak beriman seseorang itu sehingga dia menyayangi saudaranya yang lain sebagaimana dia menyayangi dirinya sendiri" (HR Bukhari dan Muslim)

Ha!Lihatlah sendiri...Sampai ada hadith yang menerangkan tentang wajibnya seseorang itu menyayangi saudaranya yang lain...Tapi bukan dengan yang tidak halal ye...

Tapi rasa kasih dan sayang itu sape yang beri?Kita kah?Atau orang lain kah?

Kalau kita orang islam,pasti kita akan jawab Allah yang beri...Betul tak?

Betullah...Semua perasaan yang kita rasa memang datangnya dari Allah s.w.t...Tapi adakah kita yang sudah terpatri ciptaannya sebgai hamba-Nya melampiaskan rasa cinta dan sayang kita kepada Allah s.w.t?Adakah kita cintakan Allah sebagaimana kita cintakan ibu ayah kita?Adakah cinta kita kepada Allah sama macam kita cinta dan sayang pada suami / isteri kita?Atau adakah rasa cinta kita kepada Allah seperti rasa kasih kita terhadap teman-teman kita?Atau adakah perasaan cinta kita pada Ilahi hanya seperti angin lalu?Atau memang tiada rasa cinta dan sayang kita terhadap pencipta kita a.k.a Allah Rabbul Jalalah?

Tepuklah lubuk hati kita yang paling dalam dan tanyalah pada iman kita...Takat mana rasa cinta dan sayang yang kita spendkan untuk  Allah s.w.t dalam hidup kita...

Baik...Sekarang,cuba kita fikir...Bagaimana kita ingin menanamkan cinta kita pada Allah s.w.t.???Dan apa yang kita akan lakukan jika kita mencintai Allah s.w.t???

Mula-mula kita mesti kenal siapa yang ingin kita cintai...Betul tak?Ye lah...Kalau kita tak kenal siapa yang ingin kita cintai,mustahil kita akan mencintainya...Bak kata orang tua-tua :Tak kenal maka tak cinta...Tak gitu...So,kalau tak kenal ta'aruf la kan...Jadi begitulah juga jika kita ingin mencintai Allah,kita perlu untuk mengenali siapa Allah pada kita...Sebagaimana yang kita ketahui,Allah adalah Tuhan sekalian 'alam ini...Dan Allah juga merupakan pencipta kita dan 'alam ini serta isi-isinya...

Bila kita dah kenal,barulah best nak bercinta...Betul tak???Ehehehe...Dan pastilah rasa cinta itu bisa dipupuk dan disemai agar terus bersemi malah makin kuat rasa cinta itu untuk Allah dan mungkin juga rasa cinta itu akan mengatasi rasa cinta kita kepada yang selain-Nya...

Bila kita dah cinta dengan seseorang,pasti kita akan sentiasa menyebut namanya...Betul tak???Ha,jangan kelentong...Ini adalah hakikat dan fitrah bagi manusia ok...Samalah juga halnya dengan Allah...Jika kita mencintai Allah kita tidak akan malu atau kedekut untuk menyebut nama-Nya...Tidak kira dimana juga kita berada,kita akan menyebut nama Allah...Tidak kiralah 'Ya Allah' ke,'Subhanallah' ke,'MaSyaAllah' dan sebagainya...Sama ada kita dalam kesusahan atau dalam kesenangan,kita akan sentiasa ingat Allah dalam hidup kita...Itulah yang akan mendekatkan kita dengan-Nya...Ingat tu...

Seterusnya,apa lagi yang boleh kita lakukan untuk menyemarakkan cinta kita kepada-Nya?Jika dengan orang yang kita sayang,kita akan baca surat atau massagenya.Dengan Allah kita perlu baca kalam dan surat cinta-Nya...Apa dia kalam Allah???Itulah dia Al-Quran Karim...Itulah surat cinta yang Allah dah beri pada kita semua hamba-hamba-Nya...Dan tiada keraguan padanya (Al-Quran)...Apabila kita telah menyintai-Nya sepenuh hati,kita akan rasa tidak selesa jika kita tidak membaca kalamnya walaupun sekali...kerana dengan membaca Al-Quran,hati kita akan bertambah tenang dan damai...Itulah kelebihan Al-Quran...

Selain tu,apa lagi?Ok...Bila kita mencintai seseorang,kita pasti akan ikut segala cakap ataupun permintaan orang yang kita cintai tu kan...Begitulah juga dengan Allah...Jika kita mencintai Allah,kita pasti akan mentaati perintah-Nya dan kita pasti akan menjauhi larangan-Nya...Malah pada satu masa yang lain kita akan takut untuk membuat kejahatan dan akan merindui kebaikan...Kerana apa?Kerana...Kita takut dengan azab dan siksaan-Nya di akhirat kelak serta kita lebih mengimpikan kehidupan di syurga-Nya yang abadi...Ya Allah...

Dalam pada itu,kita juga akan menyahut setiap panggilan-Nya...Misalnya pada waktu solat...Allah call kita dengan azan...Jika kita mencintai Allah,kita akan bersegera untuk menunaikan solat dan meninggalkan apa jua pekerjaan dan perlakuan yang sedang dilakukan...Itu juga merupakan salah satu tanda kita mencintai-Nya...

Dan yang terakhir sekali ialah...Jika kita mencintai-Nya,kita akan berbaik sangka kepada-Nya...Tidak kiralah dalam situasi apa sekalipun...Hatta kita sedang menanggung azab kesakitan yang amat sangat ataupun dalam senyuman kebahagiaan yang melingkari...Kita sentiasa akan ingat bahawa Dia sentiasa berada di sisi kita...Malah lebih dekat dari itu...Yaitu di dalam hati kita...Seperti firman-Nya di dalam surah Al-Baqarah ayat ke-186 yang membawa maksud :

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad)tentang Aku,maka sesungguhnya Aku dekat.Aku kabulkan permohonan orang yang berdo'a apabila dia berdo'a kepadaKu.Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah) Ku dan beriman kepadaKu,agar mereka memperoleh kebenaran.."

Kalaulah kita tahu betapa cintanya Allah pada kita hamba-hamba-Nya...

Walau kita sering melanggar perintah-Nya,Dia masih jua memberi kita kenikmatan...Walau kita tidak menghiraukan larangan-Nya,Dia masih jua memberi kita ujian untuk menyedarkan kita...Walau kita sering melakukan dosa dan maksiat,Dia masih jua membuka pintu taubat untuk kita...Walaupun kita melakukannya lagi dan lagi,Dia masih jua meminjamkan nyawa pada kita malah tetap setia mengampunkan dosa kita apabila kita bertaubat kepada-Nya...

Ya Allah!!!Memang benar segala kalam-Mu yang tersurat dalam lembaran mushaf Al-Quran Karim...Sungguh Engkau sendiri telah memberi janji...Dan janji itu pasti..

"Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri,janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya.Sungguh,Dialah yang Maha Pengampun,Maha Penyayang." (Surah Al-Zumar :53)...

Semoga kita mampu mencintai-Nya sebagaimana cintanya Dia terhadap hamba-hamba-Nya...

Ya Allah!Kau tanamkanlah rasa cintaku padaMu...Dan Kau sandarkanlah aku pada orang yang melampiaskan cintanya padaMu...Sesungguhnya hamba lemah ya Allah...Maka Kau berilah secangkir kekuatan kepada ku agar aku mampu menetapkan cintaku yang agung padaMu satu-satunya...Hanya Engkau...Hanya Engkau...Hanya Engkau ya Allah....!Aamiin ya Rabbal 'alamin...